Pembangunan Cost & Profit Monitoring System

Authors

  • Muhammad Ikhwan Shah Zamri MUHAMMAD IKHWAN SHAH BIN ZAMRI
  • Muhammad Arif Danial Rosman
  • Muhammad Solehan Zikri Muhammad Soberi
  • Noordiana Kassim@Kasim

Keywords:

Kos, Untung, Sistem Pemantauan Sistem, Pembangunan sistem, Pembangunan web

Abstract

“Cost & Profit Monitoring System (CPMS)” telah dibangunkan untuk bahagian pemantauan kos di Jabatan Perakaunan untuk menambah baik sifat kerja semasa mereka daripada statik kepada dinamik. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghalang kebanyakan kakitangan daripada datang secara fizikal ke pejabat dan memaksa mereka untuk mencari cara untuk terus bekerja dari rumah. Proses asal untuk mengakses dan menyemak data mengenai kos dan keuntungan dilakukan melalui Microsoft Excel, di mana beberapa orang mempunyai akses kepada fail Excel yang sama di dalam pelayan syarikat. Oleh kerana jumlah data yang banyak yang disimpan di dalam fail yang satu ini, proses mengemas kini dan menganalisa data cenderung menjadi agak perlahan dan tidak cekap. Sistem CPMS telah berjaya membantu mengatasi kelemahan ini dengan menaik tarafnya kepada kepada bentuk web, di mana data diuruskan dengan cara yang lebih berstruktur dan mudah. Ciri tambahan seperti carta, sejarah log masuk dan maklumat produk turut ditambah untuk menjadikan sistem lebih mantap dan bermaklumat.

Downloads

Published

13-12-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Ikhwan Shah Zamri, Muhammad Arif Danial Rosman, Muhammad Solehan Zikri Muhammad Soberi, & Noordiana Kassim@Kasim. (2022). Pembangunan Cost & Profit Monitoring System. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(3), 41-47. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8132