Sistem Pengawasan Automatik Tanaman Hiasan

Authors

  • Wan Harith Basyir Centre of Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM1 Panchor Road, 84600 Muar, Johor
  • Nik Muhammad Farhan Afwan
  • Muhammad Shafiq Hakimi
  • Norhafiza Samion

Keywords:

Internet of things, Sistem tanaman, Automatik, Pengawasan

Abstract

Dalam era kemajuan teknologi kini, Objek Rangkaian Internet atau dikenali sebagai IoT telah menjadi suatu teknologi yang kerap diguna pakai dalam semua industri. Konsep IoT yang membolehkan pelbagai peranti berinteraksi antara satu sama lain melalui sambungan Internet yang semakin popular digunakan dalam aplikasi seharian secara automatik dan juga bagi tujuan pemantauan dan keselamatan. Tanaman hiasan, sayuran serta herba yang dapat ditanam di dalam atau di sekitar rumah yang sering ditinggalkan bagi penghuni yang bekerja boleh mengaplikasikan sistem IoT ini. Penghuni bukan hanya dapat pemandangan hijau dan udara segar malah ia dapat hasil makanan segera dan segar dari pasu rumah sendiri dengan bantuan sistem pengawasan dan tanaman automatik. Proses pengairan yang efisien boleh dicapai dengan pendekatan IoT kerana ia memastikan tumbuhan atau tanaman mendapat jumlah air yang tepat untuk tumbuh dengan baik. Oleh itu, sistem tanaman automatik berasakan Internet of Things dicadangkan untuk menyelesaikan masalah berkaitan perlunya mengairi tanaman ketika perlu dan memantau keadaan tanaman dari jauh.

 

 

Downloads

Published

08-05-2023

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Wan Harith Basyir, Nik Muhammad Farhan Afwan, Muhammad Shafiq Hakimi, & Norhafiza Samion. (2023). Sistem Pengawasan Automatik Tanaman Hiasan. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(3), 281-287. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8761