Tong Pengkomposan Sisa bagi Kegunaan di Rumah

Authors

  • Noraniah Kassim Ts

Keywords:

Tong, sampah, baja, kompos

Abstract

Projek “Compolizer Bin” ini merupakan sebuah rekabentuk tong sampah yang dicipta bagi menukarkan sisa makanan organik menjadi baja kompos atau baja organik. Projek ini direkabentuk berdasarkan permasalahan tentang pengurusan sisa pepejal di kawasan kediaman yang kurang efisyen seperti masalah bau busuk, masalah kesihatan, pembiakan haiwan perosak, sekaligus dapat membantu dalam pengekalan sumber dengan menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan. Kajian ini harus diberi tumpuan kerana pengguna sering membuang sampah mereka tanpa menitik beratkan hasil yang boleh didapati apabila menguruskan sisa pepejal dengan baik. Kaedah menghasilkan projek ini adalah melalui rekabentuk SolidWorks 2021, pemilihan bahan, proses fabrikasi dan pengujian. Plat besi, tong, mesin pengisar telah digunakan sebagai bahan utama dalam projek ini.Tong pengkomposan ini merupakan alat yang mesra pengguna kerana reka bentuknya yang mudah untuk digunakan oleh golongan surirumah dan penduduk kawasan kediaman. Setelah proses mengisar telah dilakukan, tong dapat ditutup supaya sisa pepejal dapat menjadi baja kompos dengan lebih efisien. Hasil berdasarkan contoh, 5kg sisa makanan dapat memproses sebanyak 2kg baja kompos dan peratus kecekapan ialah 40%. Setelah melakukan analisis kos, produk ini dapat dipasarkan dengan harga RM320 setelah mengambil kira kos pembuatan dan sebagainya. Cadangan bagi penambahbaikan terhadap projek ini ialah untuk memperkemaskan lagi proses pembuatan produk bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan dapat membantu menyelesaikan segala permasalah yang dihadapi dengan lebih efisyen.

Downloads

Published

08-11-2023

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Kassim, N. (2023). Tong Pengkomposan Sisa bagi Kegunaan di Rumah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(4), 144-152. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9474

Most read articles by the same author(s)