Penghasilan Beg D’s Nature daripada Beg Plastik Terpakai

Authors

  • Muhammad Danial Mohd Azramzury
  • Norlaily Bajiru Kolej Vokasional Ipoh
  • Faznur-Azwa Mahmud

Keywords:

kitar semula, beg plastik, ekosistem, pencemaran

Abstract

Pengurusan sisa pepejal bagi sisa beg plastik melalui pembakaran dan pelupusan di tapak pelupusan sampah akan menghasilkan bahan toksik yang memberi kesan negatif kepada ekosistem dan berpotensi menjejaskan kesihatan manusia. Beg plastik diperbuat daripada polimer yang bersifat tahan lasak dan memerlukan masa yang lama untuk dilupuskan. Oleh itu, objektif projek inovasi ini adalah untuk menghasilkan beg D’s Nature daripada beg plastik terpakai yang dikitar semula. Skop yang ditekankan dalam projek ini adalah ketahanan, bau dan kesan sampingan pada kulit manusia. Bahan dan peralatan bagi menghasilkan beg ini adalah beg plastik terpakai, kain, seterika, baking paper, gunting, benang dan jarum. Projek ini mengandungi dua fasa iaitu fasa pembangunan produk dan fasa penilaian produk. Pada fasa pembangunan produk, beg plastik terpakai akan dicuci dengan sabun antiseptik untuk membunuh kuman. Kemudian beg plastik tersebut akan dijadikan kepingan fabrik plastik. Setiap kepingan fabrik plastik akan dicantumkan dan dijahit menjadi beg D’s Nature.  Pengkaji akan membuat penilaian terhadap beg D’s Nature berdasarkan aspek ketahanan, bau dan kesan sampingan pada kulit manusia. Hasil uji kaji yang dilakukan oleh pengkaji mendapati beg D’s Nature ini boleh membawa bebanan lebih daripada 5kg. Selain itu, beg ini tidak mempunyai bau walaupun ia diperbuat daripada beg plastik terpakai. Beg D’s Nature juga tidak memberi kesan sampingan ke atas permukaan kulit manusia. Kitar semula beg plastik menjadi produk lain adalah alternatif terbaik bagi mengatasi masalah peningkatan sisa beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar di negara ini. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mengitar semula beg plastik menjadi Beg D’s Nature, hasil inovasi ini dapat membuka mata masyarakat bahawa beg plastik terpakai boleh dikitar semula menjadi produk lain yang boleh diketengahkan untuk dikomersialkan. Ia secara langsung dapat meningkatkan kadar kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Downloads

Published

02-01-2023

How to Cite

Muhammad Danial Mohd Azramzury, Bajiru, N., & Faznur-Azwa Mahmud. (2023). Penghasilan Beg D’s Nature daripada Beg Plastik Terpakai. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(5), 93-98. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9649