Penghasilan Keropok Bayam Brazil Berperisa Udang

Authors

  • Siti Saleha Abdul Azis Kolej Komuniti Pasir Salak
  • Muhammad Amir Salim Jefry
  • Mohammad Yusuff Razman
  • Nursyuhadah Norhisham
  • Nor Nabila Abd Rahman

Keywords:

keropok, ayur bayam brazil, snek ringan, nilai komersial

Abstract

Keropok bayam brazil berperisa udang adalah pembangunan produk yang dihasilkan daripada penggunaan sayur bayam brazil atau nama saintifiknya “Alternanthera sisso”. Jika dilihat pada masa sekarang, kebanyakkan rumah kediaman atau kebun kecil sudah banyak yang menanam sayur bayam brazil ini. Sayuran ini masih lagi baru dalam masyarakat kita tetapi sudah ada yang dijual di pasaran dan harganya sangat murah seperti sayur ulam-ulaman lain. Pembangunan produk ini adalah untuk mempelbagaikan produk keropok sayuran di pasaran,menghasilkan produk dari bahan semulajadi yang murah dan senang didapati,sihat,sedap dan juga membantu meningkatkan pendapatan. Sayuran ini sangat mudah hidup dan tidak remeh untuk menanamnya.Ia juga menggalakkan golongan dewasa dan kanak-kanak menggemari sayuran dan menyokong usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perdagangan makanan dengan menghasilkan produk makanan sendiri. Bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah tepung ubi,udang segar,garam,gula,bawang putih dan ais.Bahan-bahan ini akan dikisar sehingga sebati dan membentuk doh, manakala sayuran bayam brazil dikisar separa hancur dan dicampurkan bersama doh keropok yang telah dibentuk.Proses seterusnya melibatkan proses mengukus,mengeringkan dan proses penggorengan.Produk yang telah siap digoreng akan dinilai penerimaan melalui ujian penilaian deria menggunakan skala hedonik untuk mengetahui penerimaan responden terhadap produk makanan baru ini.Ujian penilaian rasa yang dilaksanakan mengukur penerimaan responden dari aspek rasa,bau,tekstur,warna dan penerimaan keseluruhan kepada 70 responden dari Kolej Komuniti Pasir Salak. Hasil penilaian rasa yang dilakukan menyatakan 67 responden memilih skala 5 iaitu sangat suka dan 2 responden memilih suka dan seorang memilih neutral bagi penerimaan keseluruhan produk dan memaklumkan agar produk dikormesialkan.Data hasil penilaian dipersembahkan di dalam bentuk graf bagi memudahkan melihat penerimaan pengguna.Harapan di masa hadapan agar produk ini akan dikomersialkan dan dilakukan lebih banyak kajian untuk lebih berkualiti dan memenuhi gaya hidup sihat penggunan masa kini.

Downloads

Published

02-01-2023

How to Cite

Siti Saleha Abdul Azis, Muhammad Amir Salim Jefry, Mohammad Yusuff Razman, Nursyuhadah Norhisham, & Nor Nabila Abd Rahman. (2023). Penghasilan Keropok Bayam Brazil Berperisa Udang. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(5), 54-60. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9654