Pembangunan Sistem Berasaskan Web Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT)

Authors

  • Nor Syahadataini Awang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Norhayati Sa’adah Che Abdul Razak
  • Hairi Alias

Keywords:

Industrial repository, pemantauan latihan, laporan akhir

Abstract

Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT) ini  dibangunkan  sebagai  platform  pemudahcara  untuk  membantu  pelajar mendapatkan maklumat berkaitan Latihan Industri(LI), membuat temujanji dengan pemantau serta templat penyediaan laporan akhir latihan industri mengikut format penulisan yang betul. Pelajar perlu melalui proses pemantauan oleh pensyarah pemantau dalam tempoh berada di industri dan melaporkan kerja harian di dalam buku laporan serta laporan teknikal. Selain daripada itu,  Laporan Akhir Latihan Industri atau singkatannya LALI merupakan item yang perlu  disiapkan  oleh pelajar  yang  telah  berjaya  menjalani  sekurang-kurangnya 20  minggu  tempoh latihan dan ia merupakan syarat wajib bagi meluluskan pelajar tamat latihan industri. Dengan adanya InTERN KIT, ia  dapat membantu dalam pengurusan pemantauan pelajar bersama pemantau dengan lebih sistematik. Melalui InTERN KIT ini juga, dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan format penulisan yang betul dan mengurangkan kekeliruan berhubung format penulisan laporan. InTERN KIT ini juga menyediakan panduan bagi setiap penulisan topik sebagai idea awal kepada pelajar untuk menyampaikan  penulisan dan huraian dalam konteks yang sesuai dan berkait dengan topik tersebut. Panduan ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada melaporkan perkara yang tiada kaitan dan diluar konteks tujuan bab atau topik berkenaan.

Downloads

Published

02-01-2023

How to Cite

Nor Syahadataini Awang, Norhayati Sa’adah Che Abdul Razak, & Hairi Alias. (2023). Pembangunan Sistem Berasaskan Web Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT). Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(5), 61-67. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9656