Mereka Bentuk Kotak Parcel Pintar Menggunakan Sistem IOT

Authors

  • MOHAMAD AMIR ASYRAF BIN MOHD NOOR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kotak parcel, aplikasi Blynk, ujian fungsi, mereka bentuk prototaip

Abstract

Kotak ‘parcel’ atau kotak bungkusan adalah bekas untuk menerima ‘parcel’ yang dihantar ke tempat kediaman. ‘Parcel’ yang dihantar dan diletakkan di atas pagar dan bahagian dalam kawasan rumah sering hilang kerana kecuaian pengguna. Oleh demikian, kotak ‘parcel’ pintar yang menggunakan sistem IoT direka bentuk bagi mengatasi masalah kehilangan atau kerosakan ‘parcel’ yang sering berlaku. Pengguna dapat tahu sekiranya ‘parcel’ dimasukkan ke dalam kotak ‘parcel’ melalui notifikasi pada aplikasi Blynk. NodeMCU ESP8266 digunakan sebagai penyambung antara pembangunan perkakasan dan pembangunan perisian. Kaedah ini dilaksanakan melalui beberapa proses iaitu mereka bentuk kotak ‘parcel’ yang terdiri daripada reka bentuk litar skematik, reka bentuk elektronik, reka bentuk industri dan mengkaji penggunaan aplikasi Blynk. Kemudian, proses penghasilan prototaip dijalankan berdasarkan reka bentuk pilihan yang dibuat. Penghasilan ini melibatkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan iaitu mengenal pasti material, peralatan, kos, prosedur penyediaan dan tenaga kerja yang diperlukan. Seterusnya, setelah prototaip kotak ‘parcel’ pintar ini siap dibina sepenuhnya, beberapa ujian dilaksanakan. Ujian kotak ‘parcel’ pintar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian fungsi dan ujian keberkesanan. Ujian fungsi dijalankan setelah prototaip siap dihasilkan sepenuhnnya untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik. Ujian ini menjadi penentu kepada prototaip bagi mendapatkan data dan memutuskan sama ada prototaip yang dihasilkan mampu berfungsi dengan baik ataupun tidak. Kemudian, ujian keberkesanan dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pengguna di kawasan Taman Alam Permai, Shah Alam. Hasil daripada ujian yang dijalankan, majoriti setuju dengan adanya kotak ‘parcel’ pintar ini dapat memudahkan mereka dan dapat mengelakkan masalah kehilangan kotak ‘parcel’. Melalui ujian yang telah dijalankan, cadangan penambahbaikan dapat dikenal pasti bagi memenuhi kehendak pengguna semasa.

Downloads

Published

21-12-2023

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

MOHAMAD AMIR ASYRAF BIN MOHD NOOR. (2023). Mereka Bentuk Kotak Parcel Pintar Menggunakan Sistem IOT. Progress in Engineering Application and Technology, 4(2), 648-657. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/10415