Kajian Punca Kekurangan Penggunaan Semula Air Kelabu Terhadap Sektor Domestik di Malaysia.

Authors

  • Mohammad Izzat Ikhmal Bin Sapavi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Arif Bin Rosli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mariah Binti Awang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Air Kelabu, Krisis Air, Sistem Rawatan Air Kelabu

Abstract

Abstrak: Walaupun Malaysia merupakan negara yang membangun dan sudah mula melaksanakan teknologi hijau dalam industri pembinaan, namun rakyat Malaysia masih lagi tidak mengaplikasikan air kelabu sebagai langkah untuk memelihara dan memulihara sumber air bersih meskipun kaedah ini dapat mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih atau air pelahan pada waktu kemuncak yang menjadi isu kebelakangan ini. Maka dengan itu, kajian ini akan mengkaji faktor mengapa air kelabu ini tidak digunakan sama ada dari segi kurang pendedahan atau reaksi penerimaan masyarakat terhadap penggunaan air kelabu ini dalam kehidupan seharian. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data adalah menerusi kaedah kuantitatif iaitu dengan mengagihkan borang soal selidik kepada penduduk Kampung Batu 9, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Selangor. Kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk tiada pendedahan daripada pihak berkenaan yang pakar dalam hal ini dan penerimaan dari faktor kualiti air kelabu yang akan menjejaskan persekitaran kawasan rumah dan kesihatan. Akhir kajian ini mencadangkan ada pihak yang bertanggungjawab menjelaskan tentang penggunaan air kelabu ini kepada masyarakat sama ada dari sektor awam atau swasta untuk memelihara dan memulihara sumber air bersih.

 

Abstract: Although Malaysia is a developing country and has started to implement green technology in the construction industry, Malaysians still do not apply greywater as a measure to preserve and conserve clean water resources even though this method can overcome the problem of clean water supply interruptions or slow water supply at peak times which has been an issue lately. Therefore, this study will examine the factors why this greywater is not used, either in terms of lack of exposure or the community's reaction to the use of this greywater in daily life. The method used to collect data is through a quantitative method which is by distributing questionnaires to the residents of Kampung Batu 9, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Selangor. The study found that most residents have no exposure from the relevant parties who are experts in this matter and acceptance of greywater quality factors that will affect the home environment and health. The end of this study suggests that there is a party responsible for explaining the use of this greywater to the community either from the public or private sector to preserve and conserve clean water sources.

Downloads

Published

21-12-2023

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

Mohammad Izzat Ikhmal Bin Sapavi, Mohd Arif Bin Rosli, & Mariah Binti Awang. (2023). Kajian Punca Kekurangan Penggunaan Semula Air Kelabu Terhadap Sektor Domestik di Malaysia. Progress in Engineering Application and Technology, 4(2), 627-631. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/10427