Halangan dan Cabaran Utama dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Mengakses Sumber dan Perkhidmatan Kecemasan di Klinik Kesihatan

Authors

  • Syaidatul Anis Rosman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohammad Ashraf Abdul Rahman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

orang kurang upaya, halangan dan cabaran, fasiliti

Abstract

Pengenalan Akta Orang Kurang Upaya 2008, yang diperkenalkan pada 7 
Julai 2008, mencerminkan komitmen negara untuk mempromosikan 
inklusiviti dan meningkatkan kualiti hidup golongan Orang Kurang 
Upaya (OKU). Akta ini bertujuan melindungi hak OKU dan memastikan 
akses yang sama kepada peluang dan perkhidmatan dalam pelbagai 
aspek kehidupan, termasuk situasi kecemasan. Kajian ini mempunyai 
tiga objektif utama. Pertama, ia bertujuan untuk menentukan halangan 
dan cabaran yang dihadapi oleh OKU dalam mengakses perkhidmatan 
kecemasan di Klinik Kesihatan. Kajian literatur menunjukkan terdapat 
lapan faktor yang mungkin menjadi halangan. Kedua, kajian ini 
mengenal pasti halangan dan cabaran paling dominan yang dihadapi 
oleh OKU di Klinik Kesihatan. Borang soal selidik yang mengandungi 
faktor-faktor dari kajian pertama digunakan untuk mencapai objektif 
ini. Pada 15 April 2024, soal selidik ini diedarkan kepada 120 pelajar 
OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) Bangi 
melalui Google Form. Kajian rintis melibatkan 30 pelajar OKU di PLPP 
Bangi menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.800. 
Objektif ketiga melibatkan analisis perbezaan halangan dan cabaran 
berdasarkan faktor demografi responden. Analisis ini membantu 
mengenal pasti kumpulan yang paling terkesan dan merancang langkah 
efektif untuk mengatasi halangan dalam mengakses perkhidmatan 
kecemasan di Klinik Kesihatan. Dengan memahami pandangan dan 
keperluan OKU, langkah-langkah dapat diambil untuk menyelaraskan 
dan meningkatkan penyediaan fasiliti serta keselamatan di Klinik 
Kesihatan secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

25-11-2024

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

ROSMAN, S. A., & Abdul Rahman , M. A. . (2024). Halangan dan Cabaran Utama dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Mengakses Sumber dan Perkhidmatan Kecemasan di Klinik Kesihatan. Progress in Engineering Application and Technology, 5(2), 495-504. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/17299