Parkir dan Implikasinya Terhadap Sistem Pengangkutan dan Kualiti Hidup Bandar: Kajian Kes Bandar Segamat

Authors

  • Nurul Adriana Mohd Zamri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohammad Ashraf Abdul Rahman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Erwan Sanik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Roslan Samad Majlis Pembandaaran Segamat Author

Keywords:

Parkir, Pengangkutan, Bandar Segamat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah ketidakcukupan tempat letak kereta (TLK) di Bandar Segamat, Johor, Malaysia. Pertumbuhan ekonomi dan peningkatan bilangan kenderaan telah menyumbang kepada kekurangan ruang TLK, yang memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup penduduk serta kelancaran sistem pengangkutan. Kajian ini memfokuskan kepada faktor utama penyebab masalah ini, antaranya kepadatan pembangunan, reka bentuk bandar yang tidak terancang, dan tingkah laku pemandu. Kaedah kuantitatif digunakan melalui soal selidik yang diedarkan kepada 120 responden terdiri daripada penduduk tempatan, pekerja, dan pengunjung. Soal selidik ini menunjukkan tahap kebolehpercayaan tinggi dengan nilai 0.875. Objektif pertama mengenal pasti tujuh faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini, termasuk peningkatan penggunaan kenderaan, kekurangan ruang parkir, dan pertumbuhan penduduk yang pesat. Objektif kedua mengenal pasti tiga masalah utama iaitu pencemaran udara dan kebisingan akibat kesesakan parkir (min = 4.41), kesesakan lalu lintas (min = 4.38), serta kesan negatif terhadap perniagaan tempatan (min = 4.37). Objektif ketiga mencadangkan empat strategi penyelesaian, di mana pengurusan masa parkir mendapat sokongan tertinggi (31.4%), diikuti dengan penetapan parkir berbayar dan penggunaan teknologi pintar (23.9%). Implikasi kajian mencadangkan langkah-langkah kepada Majlis Perbandaran Segamat (MPS) untuk merangka pelan pengangkutan yang mampan, termasuk penyediaan zon parkir jangka pendek dan membangunkan sistem parkir maya. Dengan tindakan proaktif, kajian ini diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah TLK dan menyokong kemajuan ekonomi setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-04-2025

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

NURUL ADRIANA, MOHAMMAD ASHRAF, MOHD ERWAN, & ROSLAN. (2025). Parkir dan Implikasinya Terhadap Sistem Pengangkutan dan Kualiti Hidup Bandar: Kajian Kes Bandar Segamat. Progress in Engineering Application and Technology, 6(1), 265-273. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/18991