Kajian Keselesaan Terma di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh

Authors

  • Muhammad Izzat Zamir Merzeland Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Fahmi Abdul Rahman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Keselesaan terma, Masjid, Pengudaraan semulajadi

Abstract

Kajian dijalankan untuk menilai keselesaan terma di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh, Johor, yang menggunakan pengudaraan semula jadi. Keselesaan terma penting kerana ia mempengaruhi kesihatan, produktiviti, dan kualiti hidup manusia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pengguna terhadap keselesaan terma, mengukur parameter tahap keselesaan terma dalaman, dan menilai keselesaan terma melalui indeks Undian Min Ramalan (PMV) serta Peratusan Ramalan Tidak Berpuas Hati (PPD) berdasarkan piawaian ASHRAE Standard 55. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik kepada pengguna masjid dan pengukuran kerja lapangan menggunakan alat LSI Lastem untuk parameter seperti suhu udara, min sushu sinaran, kelembapan relatif, dan halaju udara.mengikut ASHRAE Standard 55. Semua data telah dikumpulkan pada satu hari. Hasil kajian yang diperolehi adalah nilai PMV ialah 2.5 dan PPD ialah 92.1% dari pengukuran persekitaran terma melalui CBE Thermal Comfort Tool manakala daripada tinjauan soal selidik, PMV ialah 1.1 dan PPD ialah 30%, serta nilai suhu operatif (To) ialah 32.7°C. Dirumuskan bahawa nilai PMV dan PPD bagi kedua-dua kaedah yang dijalankan adalah melebihi had atas yang ditetapkan dalam ASHRAE Standard 55. Keadaan ini menunjukkan keselesaan terma di Masjid Haji Muhammad tidak selessa dan hangat.  Cadangan penambahbaikan termasuk mempertimbangkan pemasangan sistem penghawa dingin dan pengudaraan hibrid yang lebih cekap. Kesimpulannya, peningkatan keselesaan terma di Masjid Haji Muhammad Yassin Pagoh adalah penting untuk memastikan pengguna dapat menjalankan ibadat dengan lebih selesa dan khusyuk.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohd Fahmi Abdul Rahman, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    DS11 FELO INDUSTRI

Downloads

Published

29-04-2025

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

Merzeland, M. I. Z., & Abdul Rahman, M. F. . (2025). Kajian Keselesaan Terma di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh. Progress in Engineering Application and Technology, 6(1), 107-116. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/19194