Kebolehpasaran Pelajar Selepas Menjalani Latihan Industri bagi Program Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Sultan Idris Shah: Era Pascapandemik

Authors

  • Nur Farahida Tahrir Politeknik Sultan Idris Shah
  • Nur Atiqah Mohd Nasir Politeknik Sultan Idris Shah
  • Nurul Su'aidah Ahmad Radzali Politeknik Sultan Idris Shah

Keywords:

Kebolehpasaran graduan, teknologi maklumat, kemahiran teknikal, pasca pandemik

Abstract

Kajian kebolehpasaran pelajar selepas tamat menjalani latihan industri (LI) merupakan kajian yang dijalankan pada setiap semester bagi mengenal pasti status kebolehpasaran dan tahap kemahiran insaniah pelajar selepas tamat LI. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti peratus pelajar lepasan LI yang ditawarkan bekerja oleh majikan serta punca dan peratus pelajar menolak tawaran pekerjaan. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini menekankan kebolehpasaran pelajar lepasan LI pada era pasca pandemik. Soal selidik secara atas talian digunakan sebagai instrument kajian oleh responden dan dianalisis menggunakan perisian laman sesawang Looker Studio. Seramai 83 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DDT) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah tamat menjalani LI era pasca pendemik COVID-19 pada Julai 2022 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus pelajar DDT, PSIS yang menerima tawaran pekerjaan adalah sebanyak 34.9% (29 orang), 27.7% (23 orang) melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, dan 31.3% (26 orang) pula sedang mencari pekerjaan. Secara keseluruhannya, kebolehpasaran pelajar lepasan LI dalam bidang DDT di PSIS adalah pada tahap sederhana kerana ramai pelajar yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian. Para pelajar yang tidak bercadang untuk melanjutkan pengajian ataupun mempunyai tawaran yang lebih baik hendaklah mengambil peluang yang telah diberikan oleh pihak majikan bagi mendapatkan pengalaman bekerja dan meningkatkan lagi kemahiran insaniah tanpa memilih pekerjaan. 

Downloads

Published

27-06-2023

Issue

Section

EDUCATION AND SOCIAL SCIENCE IN TVET

How to Cite

Tahrir, N. F., Mohd Nasir, N. A., & Ahmad Radzali, N. S. (2023). Kebolehpasaran Pelajar Selepas Menjalani Latihan Industri bagi Program Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Sultan Idris Shah: Era Pascapandemik. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 3(1), 023-029. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/9689