Strategi Pemilikan Perumahan Bagi Golongan Belia Di Kluang

Authors

  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Belia, Kerajaan, Pemilikan rumah, Strategi

Abstract

Isu pemilikan rumah adalah isu yang sering diperkatakan oleh golongan belia, terutama mereka yang telah memasuki pasar kerja tetap, memiliki keluarga dan memiliki kualiti hidup yang baik.Sayangnya, masalah harga rumah yang tinggi menghalangi mereka untuk mencapai tujuan ini. Kenaikan harga rumah dari hari ke hari menjejaskan pembelian rumah, terutamanya bagi belia Bumiputera yang berpendapatan rendah Akibat kenaikan harga rumah dan pendapatan yang rendah di seawal usia muda bekerja, dan juga disebabkan kos sara hidup yang tinggi, niat mereka untuk membeli rumah kemungkinan akan tidak tercapai. Justeru itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilikan perumahan dan mengkaji keberkesanan strategi kerajaan bagi menangani masalah pemilikan perumahan bagi golongan belia di Kluang. Pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada golongan 100 orang belia di Kluang. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor pendapatan adalah faktor yang paling memepengaruhi pemilikan rumah bagi golongan belia di Kluang. Tambahan lagi, dapatan kajian mendapati Projek Rumah 1 Malaysia adalah strategi kerajaan yang paling bereksan bagi menangani masalah pemilikan golongan belia di KluangDapatan kajian menunjukkan hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam memastikan strategi mana yang paling sesuai bagi menangani masalah pemilikan rumah bagi golongan belia di Kluang.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Yassin, A. (2023). Strategi Pemilikan Perumahan Bagi Golongan Belia Di Kluang. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 1449-1463. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11598