Perbandingan Kadar Sewa Bangunan Pejabat Binaan Khas (Purpose-Built Offices) Berstatus Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) dan Bukan Berstatus MSC: Kajian Kes di Puchong, Selangor

PBO MSC

Authors

  • MASFALIZA MOHSEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Keywords:

Cukai taksiran, Tunggakan cukai taksiran, Pihak Berkuasa Tempatan

Abstract

Pada 1 Ogos 1996, Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah mengumumkan rancangan pembangunan teknologi maklumat yang dinamakan Koridor
Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)). Status MSC Malaysia adalah
pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Malaysia
Digital Economy Corporation (MDeC)). Status MSC boleh dimohon untuk bangunan pejabat
binaan khas (Purpose-built Office (PBO)) yang merupakan salah satu bangunan pejabat yang
mempunyai fungsi tersendiri dan disokong oleh perkhidmatan lain. Objektif kajian adalah
untuk mengenalpasti kriteria bagi mendapatkan pengiktirafan bangunan PBO berstatus MSC
dan mengkaji perbezaan kadar sewa PBO berstatus MSC dan PBO bukan berstatus MSC.
Kawasan kajian kes yang dipilih adalah di Puchong, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan melakukan temu bual bersama responden di syarikat MDEC dan semakan
dokumen dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Hasil dapatan kajian telah mengenalpasti
kriteria bagi mendapatkan pengiktirafan bangunan PBO berstatus MSC serta perbezaan kadar
sewa PBO berstatus MSC dan PBO bukan berstatus MSC. Kajian ini dapat membantu pihak
kerajaan, pemaju dan pelabur harta tanah dalam pembinaan dan pelaburan bangunan PBO
berstatus MSC. Selain itu, kajian ini juga telah menunjukkan perbandingan di antara kadar sewa
bangunan PBO yang diiktiraf status MSC dan bangunan PBO yang diiktiraf status MSC yang
memberi manfaat kepada pihak penyewa.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

MOHSEN, M. (2023). Perbandingan Kadar Sewa Bangunan Pejabat Binaan Khas (Purpose-Built Offices) Berstatus Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) dan Bukan Berstatus MSC: Kajian Kes di Puchong, Selangor: PBO MSC. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 1464-1486. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11615