Faktor Penerimaan Pesawah-Pesawah Terhadap Adaptasi Sistem Kelompok

Authors

  • Muhammad Imran Kifli Jaafar
  • Eta Wahab Department of management and Technology, Faculty of Technology Management and Business, UTHM
  • Alina Shamsuddin
  • Nor Hazana Abdullah
  • Wan Nurul Karimah Wan Ahmad
  • Shazaitul Azreen Rodzalan

Keywords:

Sistem Kelompok Pesawah, Adaptasi, Tanggapan Kebergunaan, Tanggapan Kepercayaan, Sokongan Pengurusan Atasan

Abstract

Abstrak: Tujuan sistem kelompok dilaksanakan adalah untuk memastikan aktiviti penanaman padi dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan efisien. Namun, tahap penerimaan sistem kelompok di kalangan pesawah di Kampung Sawah, Sungai Balang, Muar pada awalnya rendah kerana segelintir pesawah enggan menggunakan sistem pertanian terkini dan mahu kekal dengan kaedah tradisional atau sistem yang lama. Kajian terdahulu mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang dapat membantu meningkatkan penerimaan sesuatu sistem. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan pesawah-pesawah padi terhadap adaptasi sistem kelompok, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan-pesawah pesawah terhadap adaptasi sistem kelompok dan mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi penerimaan pesawah-pesawah terhadap adaptasi sistem kelompok di Kampung Sawah, Sungai Balang, Muar. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 73 set borang soal selidik diedarkan kepada para pesawah dan hanya 60 set borang sahaja yang dikembalikan dengan kadar pulangan sebanyak 82.19%. Dapatan hasil kajian mendapati tahap penerimaan pesawah-pesawah terhadap adaptasi sistem kelompok adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati bahawa   faktor tanggapan kebergunaan, faktor kepercayaan dan faktor sokongan pengurusan atasan  boleh mempengaruhi penerimaan pesawah-pesawah terhadap adaptasi sistem kelompok. Manakala  faktor dominan yang yang mempengaruhi penerimaan pesawah-pesawah terhadap adaptasi sistem kelompok adalah faktor tanggapan kebergunaan.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Jaafar, M. I. K. ., Wahab, E., Shamsuddin, A. ., Abdullah, N. H., Wan Ahmad, W. N. K., & Rodzalan, S. A. (2023). Faktor Penerimaan Pesawah-Pesawah Terhadap Adaptasi Sistem Kelompok. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 255-268. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11658