Kontemporari Bangku Luar untuk Taman Awam yang Diinspirasikan daripada Reka Bentuk Abjad

Authors

  • Awin Shakiela Mohd Rosli
  • Firdaus Rawi Muhammad Firdaus Md Rawi

Keywords:

Kontemporari, Bangku Luar, Taman Awam, Abjad

Abstract

Bangku luar memainkan peranan penting di taman awam yang kukuh, tahan lama, dan mempunyai bentuk yang cantik. Jesteru itu, bangku digunakan untuk menceriakan taman awam. Taman awam boleh menjadi perkara penting kepada ramai orang seperti orang tua dan kanak-kanak kecil untuk merehatkan kaki mereka ketika berada di taman awam. Bangku luar di taman ini mestilah selamat dalam kemasan, rekabentuk dan kalis cuaca. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria rekabentuk, merekabentuk dan membangunkan prototaip kontemporari bangku luar yang dipengaruhi oleh rekabantuk abjad. Kajian dilaksanakan melalui tinjauan berbentuk soalan kaji selidik yang mengandungi beberapa bahagian soalan berkaitan kriteria dan rekabentuk bangku. Tinjauan soalan kaji selidik ini mengambil masa selama seminggu dan ia melibatkan 50 orang responden dari masyarakat setempat yang berada di daerah Muar. Bahan utama yang akan digunakan dalam kontemporari bangku luar yang diinspirasikan daripada rekabentuk abjad adalah campuran konkrit dan kayu. Bangku luar yang diperbuat daripada konkrit akan bertahan lama atau lasak apabila berlakunya perubahan cuaca. Keseluruhan daripada cadangan yang dikaji, kebanyakan responden memilih

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Awin Shakiela Mohd Rosli, & Rawi, F. (2023). Kontemporari Bangku Luar untuk Taman Awam yang Diinspirasikan daripada Reka Bentuk Abjad. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 907-918. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11679