Mengkaji Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran atas Talian Pelajar di UTHM

To investigate online learning among student in UTHM

Authors

  • Siti Nor Hasimah Barahim UTHM
  • Alina Shamsuddin

Keywords:

Pembelajaran Atas Talian, Tahap Pembelajaran Atas Talian, Prestasi Pembelajaran Pelajar, Platform Pembelajaran dan Pengajaran, Pelajar UTHM

Abstract

Pembelajaran atas talian pelajar di UTHM adalah sangat penting dalam
kehidupan pelajar yang masih mengamalkan sistem pembelajaran atas talian. Tujuan
kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap pembelajaran atas talian,
mengenalpasti prestasi pembelajaran pelajar dan mengenalpasti hubungan antara
tahap pembelajaran pelajar dengan prestasi pembelajaran pelajar. Pernyataan masalah
adalah prestasi pelajar semasa pembelajaran secara online terjejas dan masalah dalam
menggunakan platform pembelajaran dan pengajaran secara online. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengutip data melalui “google form” yang
akan diedarkan kepada responden sebagai borang soal selidik. Sebanyak populasi
sebanyak 13,000 orang dan sampel sebanyak 375 orang yang dikumpul melalui soal
selidik dan responden terdiri daripada pelajar UTHM induk. Jawapan responden
dikira menggunakan SPSS versi 26 untuk mendapatkan nilai kajian rintis, kajian
sebenar, analisis deskriptif, ujian normaliti dan ujian kolerasi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran atas talian
seperti kualiti sistem dan maklumat, personaliti pensyarah, minat pelajar dan literasi
komputer adalah sangat penting dalam menjayakan pembelajaran atas talian yang
dapat memberi fokus kepada pelajar dalam pelajaran dan juga pensyarah. Selain itu,
tahap prestasi pembelajaran pelajar seperti tahap kesihatan mental, pengaruh sosial
dan peranan pensyarah memberikan impak terhadap prestasi pembelajaran pelajar
dimana ketiga-tiga perkara ini jika dapat dikawal dengan baik, maka pelajar juga
mudah untuk menerima ilmu dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Barahim, S. N. H., & Alina Shamsuddin. (2023). Mengkaji Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran atas Talian Pelajar di UTHM : To investigate online learning among student in UTHM. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 517-525. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11699