Hubungan antara Penglibatan Permainan dalam Talian dan Motivasi dalam Permainan dalam Talian Kepada Ketagihan

Authors

  • Izzat Khairi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Hafizah Zulkipli

Keywords:

Penglibatan permainan, Ketagihan permainan, Motivasi permainan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Abstract

Bermain permainan video merupakan cara dimana masyarakat menghilangkan perasaan tekanan, serta merapatkan hubungan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat mengutamakan permainan video sehingga mengabaikan aktiviti lain. Penglibatan permainan video merupakan komitmen terhaadap bermain permainan video. Manakala, motivasi permainan video pula merujuk kepada motivasi mereka bermain permainan video. Akhir sekali, ketagihan permainan video merupakan perasaan yang tidak terkawal semasa bermain permainan video sehingga menyebabkan ketagihan. Kajian ini dilakukan untuk melihat samada penglibatan permainan video, dan motivasi permainan video boleh menyebabkan ketagihan permainan video. Skop kajian ini adalah dikalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan melakukan tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa tahap ketagihan permainan video dalam kalangan pelajar FPTP adalah tinggi berdasarkan tafsiran min. Kajian ini juga menemui hubungan yang kuat antara penglibatan permainan dan ketagihan permainan. Walau bagaimanapun, motivasi permainan dan ketagihan permainan mendapati bahawa korelasi antara 2 pembolehubah adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang tabiat permainan video.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Khairi, I., & Hafizah Zulkipli. (2023). Hubungan antara Penglibatan Permainan dalam Talian dan Motivasi dalam Permainan dalam Talian Kepada Ketagihan. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 538-554. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11704