Manfaat Pengadaptasian Semula Kafe Hipster di George Town, Pulau Pinang

Authors

  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Ibrahim Bukhari

Keywords:

Kafe hipster, Pemuliharaan, Pengadaptasian semula, Harta tanah

Abstract

Pengadaptasian semula ialah satu cara untuk menyelamatkan bangunan warisan lama yang bersejarah. Penyesuaian gunaan rumah kedai warisan menjadi kafe hipster memerlukan perancangan yang teliti untuk memuaskan hati pelanggan, pengurusan, pihak berkuasa dan komuniti setempat. Kafe hipster dengan dekorasi, makanan dan perkhidmatan yang baik akan mendapat perhatian pelanggan. Penyelidikan ini bertujuan untuk memahami prinsip-prinsip asas pemuliharaan dan pengadaptasian semula bangunan khususnya kafe hipster dan mengkaji impak kafe hispter hasil pengadaptasian semula dalam trend nilaian harta tanah di zon warisan Pulau Pinang. Bagi menjawab kedua-dua objektif, pengkaji menggunakan data-data yang dianalisis, diperoleh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Pulau Pinang. Kaedah temu bual separa bersturktur melibatkan responden dari pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI). Bangunan yang dipilih sebagai subjek rumah kedai dijelaskan dalam bahagian matrik pemilihan bangunan. Hasilnya, kajian ini mendapati walaupun bangunan-bangunan yang dijadikan sebagai kafe hipster berada dalam keadaan terkawal, namun impak yang terhasil akan asbab kewujudan perniagaan ini memberikan kesan bukan sahaja pada sektor ekonomi, pelaburan malah ke atas nilai hartanah di zon warisan.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Muhammad Ibrahim Bukhari. (2023). Manfaat Pengadaptasian Semula Kafe Hipster di George Town, Pulau Pinang. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 1501-1516. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11728