Kajian Perlaksanaan Blockwork System dalam Projek Perumahan IBS

Authors

  • Noor Alia Dafina Mohamad Zubir
  • Rozlin Zainal
  • Hamidun Mohd Noh
  • Sharifah Meryam Shareh Musa

Keywords:

Blockwork System, IBS, Kontraktor, Projek Perumahan

Abstract

Malaysia telah mengadaptasikan teknologi Sistem Binaan Berindustri
(IBS) dalam sektor pembinaan. Blockwork System merupakan salah satu
jenis sistem IBS yang terbukti mampu memendekkan tempoh dalam
menyiapkan projek, meningkatkan kualiti kerja dan kos lebih efektif. Ia
juga merupakan satu evolusi penggunaan bata konvensional. Terdapat
dua jenis iaitu Interlocking Concrete Masonry Unit(CMU) dan Lightweight
Concrete Blocks. Permasalahan perlaksanaan yang berlaku adalah
bilangan pengeluar Blockwork System yang rendah, kualiti komponen
merosot dan kos awalan tinggi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti masalah utama serta langkah utama penyelesaiannya dan
mengkaji hubungan antara masalah utama perlaksanaan dan langkah
utama bagi penyelesaian permasalahan perlaksanaan Blockwork System
dalam projek perumahan IBS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
dan seramai 86 orang kontraktor Gred 7 di Klang, Selangor telah
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian dan
fizikal. Peratusan maklum balas responden adalah sebanyak 52.1%.
Kesemua objektif diukur menggunakan analisis deskriptif melalui
frekuensi dan crosstab bagi tujuan menganalisis data. Dapatan analisis
bagi objektif pertama iaitu masalah utama perlaksanaan Blockwork
System dalam projek perumahan IBS ialah kekurangan penyeliaan.
Kemudian, objektif kedua iaitu langkah utama bagi penyelesaian
permasalahan perlaksanaan Blockwork System dalam projek perumahan
IBS ialah mempromosikan penggunaan Blockwork System. Hubungan
antara masalah utama dan langkah utama penyelesaian permasalahan
Blockwork System dalam projek perumahan IBS mempunyai signifikan
yang kuat adalah masalah utama ialah kualiti komponen merosot
(berlaku kebocoran air pada blok konkrit) dengan langkah utama
memastikan kualiti produk terjaga. Oleh itu, kajian ini dapat membantu
pihak kontraktor dalam memandang serius masalah utama dan langkah
utama penyelesaian permasalahan perlaksanaan Blockwork System
dalam projek perumahan IBS melalui dapatan pembangunan kerangka
hubungan yang boleh menajdi asas rujukan perlaksanaan yang
berkualiti.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Mohamad Zubir, N. A. D., Zainal, R. ., Mohd Noh, H. ., & Shareh Musa, S. M. . (2024). Kajian Perlaksanaan Blockwork System dalam Projek Perumahan IBS. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1322-1352. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/15981