Kepuasan Penghuni Terhadap Kualiti Fasiliti Perumahan di Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)

Authors

  • Nurul Fatihah Harun
  • Md Asrul Nasid Masrom
  • Azlina Md Yassin

Keywords:

Kepuasan Penghuni, Fasiliti Perumahan, Program Perumahan Rakyat (PPR)

Abstract

Ketidakselesaan penghuni yang tinggal serta mendapatkan kemudahan di rumah kediaman di bawah pembangunan program perumahan rakyat (PPR) telah menggambarkan keadaan serta kualiti fasiliti pada tahap yang rendah. Ini kerana kebanyakan kemudahan berada dalam keadaan daif dan tidak mencukupi dalam menyokong keperluan asas penduduk. Ia juga dilihat, tidak membantu penghuni dalam membangunkan tahap kepuasan yang positif. Hal berkaitan kepuasan penduduk amat penting dalam mencapai kuualiti hidup yang baik, namun ia kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kepuasan penghuni di PPR terhadap kualiti fasiliti perumahan yang disediakan, mengenalpasti punca-punca yang menyumbang kepada masalah ketidakpuasan terhadap kualiti fasiliti perumahan di PPR, dan mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti fasiliti perumahan di PPR. Data kajian diperoleh melalui kaji selidik dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden secara fizikal. Seramai 102 orang penduduk perumahan PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1) dan PPR Lembah Subang 2 terlibat dalam kaji selidik yang dijalankan. Kesemua data telah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2021 melalui analisis diskriptif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa punca utama yang menyumbang kepada masalah ketidakpuasan terhadap kualiti fasiliti perumahan di PPR adalah berpunca daripada isu masalah rumah sampah yang gagal diselesaikan dan memperoleh nilai min yang paling tinggi. Tahap kepuasan penghuni terhadap rumah sampah adalah sangat rendah berpunca daripada longgokan timbunan sampah di tepi tong sampah yang sering mencacatkan pemandangan. Seterusnya, langkah meningkatkan tahap keselamatan seperti pemasangan CCTV di tempat letak kereta merupakan langkah paling utama bagi meningkatkan kepuasan dan kualiti fasiliti perumahan di PPR. Kesimpulannya, kualiti fasiliti yang baik menjamin kepada tahap kepuasan penduduk yang tinggi. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk lebih peka dalam meningkatkan kualiti fasiliti perumahan bagi projek PPR pada masa akan datang.

Author Biographies

  • Nurul Fatihah Harun

    Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun  Hussein Onn Malasia, Batu Pahat, 86400, MALAYSIA

  • Azlina Md Yassin

    Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun  Hussein Onn Malasia, Batu Pahat, 86400, MALAYSIA

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Harun, N. F., Masrom, M. A. N., & Azlina Md Yassin. (2024). Kepuasan Penghuni Terhadap Kualiti Fasiliti Perumahan di Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1399-1414. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/15989