Faktor Penggunaan Sistem MyRFID di Lebuh Raya Malaysia

Authors

  • Nurul Najwa
  • Siti Norziah Ismail

Keywords:

RFID

Abstract

Pelaksanaan Teknologi RFID di semua lebuh raya di Malaysia adalah untuk memperkenalkan kaedah kutipan tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) yang dipanggil sistem MyRFID. Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengaruh Trust (TR), Perceived Usefulness (PU) dan Perceived Risk (PR) terhadap Intention to use penggunaan MyRFID.Oleh itu, kajian ini tertumpu terhadap penyelidikan terhadap pengaruh faktor seperti Trust (TR), Perceived Usefulness (PU) dan Perceived Risk (PR) terhadap penggunaan sistem MyRFID di lebuhraya. Penggunaan sistem MyRFID di lebuhraya Malaysia adalah sebagai penambahbaikan taraf pembayaran tol secara elektronik menggunakan teknologi (RFID). Populasi kajian adalah melibatkan penggunaan Lebuhraya di Malaysia. Teknik pengumpalan data menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif untuk menyokong teori kerangka konseptual. Analisis data dilakukan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS). Kajian ini lebih memfokuskan kepada faktor penggunaan sistem MyRFID di Lebuhraya di Malaysia dengan mengaitkan teori TAM (Davis, 1989) untuk mengkaji penerimaan pengguna dalam menggunakan sesuatu teknologi baharu. Hasil dapatan kajian pengkaji telah mengenalpasti bahawa dengan penggunaan teori TAM dapat membantu keinginan pengguna lebuhraya terhadap penggunaan teknologi baharu. Daripada dapatan kajian dapat disimpulkan hipotesis (H1), (H2) dan (H3) adalah secara positif dan signifikan terhadap pembolehubah bersandar terhadap Intention to Use (MyRFID)

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Nurul Najwa, & Siti Norziah Ismail. (2024). Faktor Penggunaan Sistem MyRFID di Lebuh Raya Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1026-1035. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/16021