Tingkah Laku Pelajar UTHM dalam membuat Pembelian Secara Atas Talian

Authors

  • Siti Hanisah Muhammad
  • Siti Norziah Ismail

Keywords:

Online purchasing, Consumer behaviour

Abstract

Peningkatan pembelian atas talian menunjukkan peningkatan permintaan dan pembelian barang secara atas talian. Kebanyakkan faktor yang telah dikaji oleh kajian lepas menunjukkan faktor yang positif dalam mempengaruhi pembelian secara atas talian. Namun begitu, pengguna menggunakan pembelian secara atas talian adalah disebabkan oleh peningkatan dalam pembelian untuk mendapatkan barang yang dikehendaki. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji platform e-dagang dan faktor yang mempengaruhi tingkah laku oleh pelajar UTHM semasa membeli secara atas talian. Bagi mengkaji tingkah laku pelajar UTHM, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi dari borang soal selidik akan dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian “IBM Statistical Package for Social Science (SPSS)”. Terdapat empat faktor yang dikaji dalam mempengaruhi tingkah laku pembelian atas talian iaitu kemudahan, populariti dan keselamatan, kepercayaan dan juga kepuasan. Responden terdiri daripada pelajar Universiti Tun Hussien Onn, Parit Raja, Johor. Hasil kajian mendapati kesemua faktor mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap tingkah laku pelajar UTHM dalam membuat pembelian dalam talian.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Siti Hanisah Muhammad, & Siti Norziah Ismail. (2024). Tingkah Laku Pelajar UTHM dalam membuat Pembelian Secara Atas Talian . Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1036-1047. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/16022