Kajian Impak Fasiliti Sekolah Sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS): Kajian Kes di Sekolah-Sekolah Terpilih di Daerah Batu Pahat, Johor

Authors

Keywords:

Pengurusan Fasiliti, Pusat Pemindahan Sementara, Banjir, Batu Pahat, Sekolah

Abstract

Isu kerosakan fasiliti sekolah setelah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) angkara banjir telah mengganggu sistem pendidikan negara. Penyalahgunaan kemudahan sekolah dan isu kebersihan adalah antara faktor yang menyumbang kepada kerosakan harta benda di sekolah. Hal ini telah menimbulkan banyak persoalan mengapa sekolah yang dijadikan PPS menjadi punca fasiliti sekolah terjejas. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kesan fasiliti sekolah sebagai PPS serta mengkaji persediaan dan cabaran pihak sekolah ketika dijadikan PPS. Mengetahui kerosakan yang berlaku terhadap fasiliti sekolah adalah langkah pertama bagi mengelakkan kecelakaan. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu melalui temubual. Maklumat yang diperoleh daripada temubual dianalisis menggunakan teknik analisis bertema dengan disokong oleh data sekunder. Hasil kajian telah dapat menjawab persoalan tentang kesan-kesan fasiliti sekolah setelah dijadikan PPS.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Abd. Ashib, A. A., & Mat Radzuan, I. S. (2024). Kajian Impak Fasiliti Sekolah Sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS): Kajian Kes di Sekolah-Sekolah Terpilih di Daerah Batu Pahat, Johor. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1794-1804. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/16030