Hubungan antara Impak Penggunaan Media Sosial dalam Aktiviti Pembelajaran dan Prestasi Pelajar dalam kalangan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Authors

  • Muhammad Helmi Hayat Ma’hat
  • Mohd Zarir Yusoff

Keywords:

Impak Media Sosial, Model Kognitif Tingkah Laku, Penggunaan Internet Patologi

Abstract

Pada era globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi menjadi semakin canggih, penyebaran informasi yang begitu cepat dan akses telekomunikasi yang sangat mudah dijumpai di beberapa platform media sosial seperti Youtube, Instagram, Facebook, Whatsapp, Google, dan Wikipedia menyumbang kesan kepada prestasi pelajar berdasarkan kepada faktor yang menganggu mereka seperti sajian hiburan yang pelbagai memberi kesan gangguan fokus terhadap pembelajaran. Tumpuan kajian ini untuk mengkaji tahap prestasi pelajar, mengenalpasti tahap impak penggunaan media sosial dan mengkaji hubungan antara impak penggunaan media sosial dalam aktiviti pembelajaran dan prestasi pelajar dalam kalangan mahasiswa universiti tun hussein onn malaysia (UTHM) serta skop kajian ini terbatas kepada pelajar UTHM sahaja. Model Kognitif Tingkah Laku (CBM) telah digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap impak penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa UTHM. Kajian tertumpu kepada pelajar-pelajar dari setiap fakulti yang ada di UTHM seperti PPD, FPTV, FKMP, FKEE, FKAAB, FSKTM, PPUK, FTK, FPTP dan FAST dengan sampel kajian seramai 375 orang responden. Menggunakan kaedah kuantitatif, soal selidik dalam talian telah diedarkan dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti WhatsApp. Keputusan kajian menunjukkan bahawa semua objektif dan hipotesis telah dicapai dan diterima. Terdapat hubungan positif yang signifikan antara dimensi CBM dan prestasi pelajar secara keseluruhan. Cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang ialah skop kajian, yang merangkumi populasi yang lebih besar untuk mendapatkan kesahan dan keputusan yang lebih deskriptif. Kesimpulannya, penemuan penting dalam kajian ini dapat membantu institusi pendidikan dalam menambah baik dan memprogramkan semula strategi untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Muhammad Helmi Hayat Ma’hat, & Mohd Zarir Yusoff. (2024). Hubungan antara Impak Penggunaan Media Sosial dalam Aktiviti Pembelajaran dan Prestasi Pelajar dalam kalangan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 460-472. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/16084