Penambahbaikan Aliran Proses dalam Meningkatkan Produktiviti di Sektor Pembuatan dengan Menggunakan Simulasi Siemens Tecnomatix Plant

Authors

  • Nurfilzati Alisha Ismadi Ahmad
  • Ahmad Nur Aizat Ahmad
  • Md Fauzi b Ahmad Ahmad

Keywords:

Aliran proses, produktiviti, simulasi, Siemens tecnomatix plant

Abstract

Pada era industri revolusi 4.0, kebanyakan syarikat yang berjaya dalam sektor pembuatan telah menggunakan pelbagai aplikasi simulasi untuk memastikan prosess pengeluaran syarikat lebih produktif. Dalam industri pembuatan botol pelincir di Shah Alam, Selangor mempunyai masa menunggu yang tinggi dan susun atur proses pengeluaran semasa yang kurang effektif. Tujuan kajian ini menambahbaik aliran proses dalam meningkatkan produktiviti proses pengeluaran. Kajian ini menumpukan kepada industri pembuatan botol di Shah Alam, Selangor. Kajian ini menuggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temubual dan simulasi iaitu simulasi Siemens Tecnomatix Plant. Kajian ini dapat memberikan maklumat kepada industri pembuatan botol pelincir dalam meningkatkan produktiviti proses pengeluaran mereka dengan mengurangkan jumlah kitaran masa proses pengeluaran. Hasil dapatan kajian, jumlah kitaran masa dapat dikurangkan sebanyak 11% untuk pengeluaran 1000unit botol selepas membuat perbandingan terhadap susun atur semasa dan susun atur baharu yang telah ditambah baik dengan mengeluarkan kos sebanyak RM48000.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Ahmad, N. A. I., Ahmad, A. N. A., & Ahmad, M. F. b A. (2024). Penambahbaikan Aliran Proses dalam Meningkatkan Produktiviti di Sektor Pembuatan dengan Menggunakan Simulasi Siemens Tecnomatix Plant. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 1056-1066. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/16123