Imej dan Kualiti Pemuliharaan Bangunan Rumah Kedai di Jalan Besar, Kuantan

Authors

  • Nur Sharhira Rosli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Imej bandar, Pemuliharaan bangunan, Rumah Kedai, Kuantan

Abstract

Pemuliharaan dan penyenggaraan yang sistematik terhadap keadaan dan fungsi bangunan rumah kedai lama ini perlu dikekalkan untuk memastikan bangunan rumah kedai lama dapat terus digunakan dan tidak terlihat usang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh pemilik atau penyewa bangunan tersebut tentang isu pemuliharaan dan mengenalpasti cadangan atau usaha Pihak Berkuasa Tempatan bagi memulihara bangunan rumah kedai di Jalan Besar, Kuantan, Pahang. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual, tinjauan dan kajian litetratur. Maklumat yang diterima dianalisis secara bertema selain menggunakan analisis kandungan. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pemilik kedai, penyewa dan Pihak Berkuasa Tempatan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa dalam kalangan mereka terdapat beberapa kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan pemuliharaan di bangunan rumah lama di Jalan Besar, Kuantan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Sharhira Rosli, & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2024). Imej dan Kualiti Pemuliharaan Bangunan Rumah Kedai di Jalan Besar, Kuantan. Research in Management of Technology and Business, 5(2), 919-932. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/17944