Penggunaan Abu Sekam Padi sebagai Gantian Simen dalam Menghasilkan Precast Slab Panel
Keywords:
Precast Slab Panel, Abu Sekam Padi, Ujian Mampatan KonkritAbstract
Struktur konkrit pratuang (precast concrete), seperti slab, digunakan secara meluas dalam kejuruteraan praktikal hasil daripada pembangunan struktur kejuruteraan awam kontemporari. Masalah utama kajian ini adalah masalah kenaikan harga simen yang mendadak pada masa kini. Peningkatan harga bahan ini memberikan masalah besar terhadap masyarakat Malaysia yang memerlukan rumah yang berharga berpatutan terutamanya golongan B40. Selain itu, masalah penggunaan simen dalam kuantiti yang banyak memberikan kesan negatif terhadap penduduk setempat dan juga pencemaran kepada alam sekitar. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti peratusan optimum abu sekam padi yang diperlukan sebagai pertambahan bahan bancuhan precast slab panel, menguji kekuatan penggunaan konkrit yang menggunakan abu sekam padi untuk precast slab panel dan menilai penggunaan abu sekam padi dalam precast slab panel dalam kalangan kontraktor. Kajian ini dijalankan dengan penggantian separa abu sekam padi dengan simen. Kajian ini juga menggunakan abu sekam padi dalam kadar 0%, 3%, 5%, 7%, 10%, 12%, 20% dan 30% sebagai bahan tambahan untuk pengurangan simen. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu temu bual dan kerja makmal melibatkan ujian mampatan konkrit. Berdasarkan kajian makmal tersebut, jumlah penggunaan abu sekam padi dalam bancuhan precast slab panel adalah 3% dengan kekuatan mampatan sebanyak 37.6 Mpa. Kajian ini mendapatkan penilaian daripada tiga orang responden untuk ditemu bual tentang kesesuaian precast slab panel dengan penambahan abu sekam padi. Berdasarkan kajian ini, penghasilan precast slab panel ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah pencemaran dan kenaikan harga simen.



