Reka Bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) bagi Fasiliti Sukan di UTHM

Authors

  • Nur Fatehah Atieya Abd Aziz Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Hamidun Mohd Noh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), Fasiliti Sukan, Kapasiti Tangki, Reka Bentuk SPAH

Abstract

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan seluruh makhluk di muka bumi ini. Dengan pertambahan bangunan di Kampus Induk, UTHM akan menyebabkan permintaan ke atas air semakin meningkat. Bukan itu sahaja, jumlah bil utiliti air Kampus Induk UTHM juga tinggi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi menekankan aspek rekaan SPAH yang cekap dengan mengenalpasti kadar penggunaan air iaitu mengetahui kekerapan penggunaan air di fasiliti sukan. Selain itu. dengan menentukan kapasiti tangki yang sesuai dipasang di fasiliti sukan. Akhir sekali, mencadangkan reka bentuk SPAH yang cekap dengan mereka bentuk SPAH yang sesuai digunakan di fasiliti sukan. Kajian ini tertumpu kepada fasiliti sukan di kawasan stadium bola dan stadium hoki. Maklumat yang diperolehi daripada hasil temubual menunjukkan penggunaan air di kawasan fasiliti sukan kerap digunakan dengan penyiraman rumput yang disiram setiap hari. Beberapa pemercik air dipasang di kawasan fasiliti sukan dengan 24 pemercik air di stadium bola, dan lapan pemercik air di stadium hoki. Kajian ini mendapati untuk mengetahui kapasiti tangki yang sesuai dipasang, ia perlu mengetahui data bagi taburan hujan dan luas permukaan tadahan di kawasan tersebut. Oleh hal yang demikian, jumlah air yang dituai untuk mengetahui kapasiti tangki di stadium bola adalah sebanyak 29,134.8 liter, dan 6,224.4-liter bagi stadium hoki. Bagi reka bentuk SPAH yang cekap, ia dibuat dengan mementingkan pemilihan bahan yang berkualiti. Tangki yang digunakan di fasiliti sukan adalah tangki keluli tahan karat kerana tangki ini dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Oleh hal yang demikian, dua tangki digunakan di stadium bola, manakala satu tangki digunakan di stadium hoki. Dengan ini, penggunaan SPAH yang berkesan dapat menjadikan ia sebagai sumber air alternatif terhadap fasiliti sukan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Abd Aziz, N. F. A., Shareh Musa, S. M., Kasim, N. ., & Mohd Noh, H. (2024). Reka Bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) bagi Fasiliti Sukan di UTHM. Research in Management of Technology and Business, 5(2), 478-492. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/18112