Kajian Penggunaan Buluh sebagai Bahan Tambah dalam Campuran Tanah Liat Pembuatan Atap Genting dalam Industri Pembinaan

Authors

  • Muhammad Ikram Hamka Mustafa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Hilmi Izwan Abd Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Atap, Atap genting, Tanah liat, Buluh

Abstract

Atap adalah komponen penting bagi sesebuah bangunan, dan ia telah digunakan selama berabad-abad untuk menutupi bahagian atas bangunan. Permintaan terhadap penggunaan atap ini sangat tinggi kerana ia adalah sebuah keperluan dalam aktiviti pembinaan. Walau bagaimanapun, atap genting tanah liat boleh menjadi rapuh dan tidak tahan lama. Hal ini kerana, atap genting tanah liat boleh menjadi rapuh dan terdedah kepada kerosakan semasa pemasangan, dan juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang ekstrem. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan buluh sebagai bahan tambah dalam campuran tanah liat pembuatan atap genting, menguji kekuatan dan ketahanan atap genting tanah liat dan mengenal pasti komposisi campuran buluh dengan atap genting tanah liat yang paling optimum dari segi resapan air. Atap genting tanah liat yang dihasilkan ini dicampurkan dengan hirisan buluh ke dalam tanah liat sebelum proses pembuatan atap genting. Seterusnya, ujikaji dijalankan ke atas sampel tersebut bagi mengetahui keberkesanan buluh tersebut iaitu melalui Ujian Kekuatan Melintang. Ujian ini dilakukan untuk menguji kekuatan dan ketahanan atap genting tanah liat yang dihasilkan. Hasil kajian didapati sampel campuran buluh nisbah 7% adalah sampel yang paling kuat dengan nilai 71.05Mpa. Seterusnya, menentukan kadar serapan air bagi sampel campuran dan sampel kawalan dengan dilakukan dengan merendamkan bahan tersebut selama 24 jam didalam air dan kemudiannya kedua-dua sampel tersebut ditimbang beratnya bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas kadar resapan air dilakukan. Hasil kajian didapati sampel nisbah 3% adalah sampel yang paling rendah dari segi resapan air dengan nilai 5g. Oleh itu, penggunaan buluh boleh dijadikan bahan campuran dalam menghasilkan atap genting tanah liat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Mustafa, M. I. H. ., Shareh Musa, S. M., Kasim, N., & Abd Rahim, M. H. I. (2024). Kajian Penggunaan Buluh sebagai Bahan Tambah dalam Campuran Tanah Liat Pembuatan Atap Genting dalam Industri Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 5(2), 520-532. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/18144