Cabaran Pelaksanaan Model Maklumat Bangunan (BIM) dalam Fasa - Fasa Projek Pembinaan di Malaysia

Authors

  • Sofiah Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Yamani Yahya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

BIM, Fasa-Fasa, Cabaran, Peranan Profesional, Industri Pembinaan

Abstract

Model Maklumat Bangunan (BIM) merupakan satu proses yang menyokong transformasi proses reka bentuk pembinaan dan berupaya membantu meningkatkan kualiti reka bentuk, mengurangkan konflik serta mengurangkan kerja semula. Walaubagaimanapun, kurang pemahaman BIM menyebabkan kerja di tapak bina memakan masa untuk disiapkan, malahan asimentri maklumat yang bermaksud reka bentuk tidak dapat dicapai apabila satu pihak lagi tidak memahami, akibatnya pembinaan tidak dapat mencapai kepuasan. Justeru itu, mengakibatkan produktiviti, kos, dan kualiti projek memberi kesan kepada pembangunan dan melambatkan daya saing. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti fasa-fasa pembinaan yang melaksanakan BIM, serta cabaran pelaksanaanya. Seterusnya peranan golongan professional dalam membantu penambahbaikan cabaran pelaksanaan BIM juga dikaji. Bagi mencapai objektif, kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual semi-struktur bersama arkitek, kontraktor, jurukur bahan dan pengurus projek di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat bagi penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan fasa pasca pembinaan merupakan fasa utama pelaksanaan BIM. Manakala cabaran utama pelaksanaan ialah kos dan golongan profesional boleh membantu mengatasi cabaran dengan mengikuti latihan serta mempunyai maklumat yang tepat. Oleh itu pelaksanaan BIM dalam industri pembinaan perlu diaplikasikan dengan lebih kerap serta memerlukan penglibatan pelbagai pihak untuk kemajuan dalan industri pembinaan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Ibrahim, S. ., & YAHYA, M. Y. (2024). Cabaran Pelaksanaan Model Maklumat Bangunan (BIM) dalam Fasa - Fasa Projek Pembinaan di Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 5(2), 648-667. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/18203