Kelewatan dalam Kerja-kerja Sub-kontraktor bagi Projek Kereta Api Laluan Pantai Timur (ECRL)

Authors

Keywords:

Delay, Rail, subcontractor

Abstract

Projek kereta api yang dicadangkan dan direka bentuk untuk meningkatkan hubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur dan negeri-negeri Pantai Barat. Kelewatan projek boleh mengakibatkan kejadian atau tindakan yang boleh merugikan projek atau syarikat klien. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh sub-kontraktor yang mempengaruhi kelewatan projek, mengenalpasti prestasi kerja yang dijalankan oleh pihak sub-kontraktor dan mencadangkan cara untuk mengurangkan potensi kelewatan kerja-kerja sub- kontraktor. Data kajian diperoleh melalui sesi temu bual secara tidak berstruktur atau semi struktur. Responden terdiri daripada Nominated Sub-Contractor dan Domestic Sub-Contractor di 2 buah negeri Iaitu tapak binaan stesen kereta api di Kota Bharu Kelantan, dan Mentakab, Pahang, data yang diterima daripada responden dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kajian ini dijangka akan membantu pihjak sub-kontraktor serta Pihak yang terlibat dengan projek kereta api untuk memahami dengan lebih mendalam permasalahan yang berlaku dan seterusnya membuat penambahbaikan dari segi penjadualan progress kerja yang lebih teratur. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak dari sektor binaan dan pihak lain dalam usaha mengurangkan kadar kelewatan bagi projek infrastruktur berskala besar.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Nordin, M. N. ., Masrom, M. A. N., Mohamed, S., Fadli, U. M. D. ., & Sarpin, N. (2024). Kelewatan dalam Kerja-kerja Sub-kontraktor bagi Projek Kereta Api Laluan Pantai Timur (ECRL). Research in Management of Technology and Business, 5(2), 686-697. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/18217