Mendominasi Kemahiran Penyelesaian Masalah Secara Kritis Melalui Penglibatan Mahasiswa Dalam Kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia
Keywords:
Kokurikulim, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pemikiran Kreatif, Kemahiran Menyelesai MasalahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana kursus kokurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dapat membentuk dan mengasah pemikiran kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dalam usaha memperkasakan mahasiswa untuk mengembangkan keperibadian mereka. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan antara jantina dalam pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk kuantitatif menggunakan soalan soal selidik ke atas pelajar Sarjana Muda sesi pengambilan 2019/2020 yang mengambil kokurikulum teras kesukarelawanan iaitu badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM). Hasil kajian mendapati majoriti responden menunjukkan peningkatan yang tinggi berbanding kepada sebelum mereka menyertai kursus penguasaan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara kritis yang tinggi. Kajian ini diharap dapat membantu para pelajar menguasai kemahiran ini di samping akan membuka peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru serta memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada.