Kajian Penggunaan Teknologi Hijau dalam Kalangan Kontraktor Skala Kecil dalam Projek Pembinaan Bangunan

Authors

  • Wan Harith Luqman Wan Mazlan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Bangunan, Kontraktor, Projek Pembinaan, Skala Kecil, Teknologi Hijau

Abstract

Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sosial dan ekonomi Malaysia dengan menyediakan infrastruktur untuk pembangunan masa depan, memelihara daya saing ekonomi, dan meningkatkan kualiti hidup. Teknologi hijau, merangkumi teknik penjanaan tenaga dan produk bukan toksik, adalah kritikal untuk mengurangkan kesan alam sekitar sektor pembinaan, yang menyumbang kepada pelepasan signifikan karbon dioksida global. Walaupun teknologi hijau bukan konsep baharu di Malaysia, kesedaran dan pengetahuan di kalangan kontraktor kecil masih rendah. Kos bahan binaan hijau yang lebih tinggi berbanding konvensional menjadi salah satu cabaran utama. Kajian ini bertujuan menilai kefahaman, mengenal pasti cabaran, dan mencadangkan strategi meningkatkan penggunaan teknologi hijau di kalangan kontraktor G1 hingga G3 dalam projek pembinaan bangunan. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif bagi pengumpulan data primer untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan teknologi hijau di kalangan kontraktor G1 hingga G3 dalam projek pembinaan bangunan. Selain itu pengumpulan data sekunder dilakukan bagi tujuan data analisis. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman teknologi hijau dalam kalangan kontraktor G1 hingga G3 adalah berbeza-beza. Kajian ini turut mengenal pasti cabaran utama seperti kos tinggi dan kekurangan pengetahuan, serta strategi penting untuk meningkatkan pelaksanaan teknologi hijau. Diharapkan hasil ini dapat menjadi panduan kepada pihak berkepentingan dalam mempromosikan penerimaan teknologi hijau, menyokong pembangunan mampan sektor pembinaan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Wan Mazlan, W. H. L., & Kasim, N. (2025). Kajian Penggunaan Teknologi Hijau dalam Kalangan Kontraktor Skala Kecil dalam Projek Pembinaan Bangunan. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 317-332. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19920