Penilaian Semula Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan

Authors

  • Siti Zakiah Abdul Aziz Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Rozilah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Reassessment, Property tax, Local authorities, Factors, Challenges

Abstract

Penilaian semula cukai hartanah sebaiknya dilakukan setiap lima tahun sekali, namun pelbagai isu yang tidak dapat dielakan telah meyebabka kelewata dalam pelaksanaannya. Di Malaysia, pelbagai cabaran telah timbul dalam usaha melaksanakan penilaian semula cukai hartanah dengan cekap. Antara faktor utama yang menyumbang kepada kesukaran ini iala data yag tidak lengkap da kaedah penilaian yang berbeza, yang sering kali menghalang penyelarasan kadar cukai. Oleh itu, kadar penilaian baharu perlu dikaji semula bagi memastikan ia mencerminkan nilai semasa hartanah dengan lebih tepat. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor dan cabaran dalam pelaksanaan penilaian semula cukai hartanah oleh pihak berkuasa tempatan di Johor. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan soal selidik yang diedarkan kepada pegawai dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Hartanah di setiap pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut. Data yang dikumpulkan kemudian dianalisis menggunakan perisian SPSS, dengan fokus pada analisis deskriptif dan taburan kekerapan. Hasil kajian ini mengenal pasti faktor serta cabaran utama dalam melaksanakan penilaian semula cukai hartanah dengan lebih berkesan. Selain itu, dapatan kajian ini juga berfungsi sebagai panduan dan rujukan bagi pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan penilaian semula cukai hartanah dengan lebih efisien pada masa hadapan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Abdul Aziz, S. Z. ., & Kasim, R. (2025). Penilaian Semula Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 632-645. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19921