Kajian Penggunaan Teknologi RFID dalam Mempengaruhi Pengawalan Keselamatan Bahan Binaan di Tapak Bina

Authors

  • Chen Chong Tay Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Bahan binaan, Keselamatan, Pengawalan, RFID, Teknologi

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia terjejas disebabkan oleh pengurusan bahan-bahan binaan yang lemah, kekurangan piawaian dan teknologi yang tidak mencukupi. Penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) telah digunakan dalam pelbagai industri, termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan aplikasi penjejakan. Walau bagaimanapun, RFID belum digunakan secara meluas dalam industri pembinaan khusus dalam keselamatan bahan binaan di tapak bina. Sistem penjejakan bahan di tapak pembinaan masih digunakan secara manual yang mempunyai beberapa kelemahan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui cabaran penggunaan RFID, faktor yang mempengaruhi dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan RFID dalam keselamatan bahan binaan di tapak pembinaan. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual menggunakan soalan separa berstruktur bagi mendapatkan maklumat kajian. Responden termasuk pihak pengeluar komponen RFID, pihak pengurus operasi dan organisasi pembinaan yang menggunakan teknologi RFID. Maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan untuk memperolehi maklumat mengenai objektif daripada responden. Hasil kajian mendapati, cabaran utama yang diperolehi adalah kos perlaksanaan, penglibatan pihak berkepentingan dan penerimaan teknologi. Selain itu, faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi RFID adalah latihandan pengetahuan, permintaan, faktor teknikal dan integrasi dengan teknologi lain. Antara langkah untuk meningkatkan keberkesanaan penggunaan teknologi RFID adalah hala tuju RFID dan meningkatkan kesedaran dan latihan. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang dalam memperkenalkan teknologi inovatif untuk meningkatkan proses pengurusan bahan binaan dengan mengaplikasikan teknologi terkini seperti RFID untuk menjadikannya lebih cekap dan mudah serta mengurangkan masalah untuk pengurusan tapak pembinaan yang lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Tay, C. C., & Kasim, N. (2025). Kajian Penggunaan Teknologi RFID dalam Mempengaruhi Pengawalan Keselamatan Bahan Binaan di Tapak Bina. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 333-346. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19922