Cabaran Kontraktor dalam Projek Pemulihan Bangunan Perumahan Terbengkalai di Johor Bahru
Keywords:
Perumahan Terbengkalai, Cabaran Kontraktor, Johor Bahru, Projek PemulihanAbstract
Industri pembinaan merupakan industri yang sedang maju dan berkembang di dalam negara. Namun begitu, terdapat projek pembinaan seperti projek perumahan yang mengalami isu seperti projek perumahan terbengkalai. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek pemulihan perumahan terbengkalai ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti faktor projek bangunan perumahan menjadi terbengkalai, mengenal pasti cabaran yang dihadapi kontraktor semasa melakukan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai tersebut dan mengenal pasti strategi kontraktor untuk menyelesaikan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai di Johor Bahru. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Kajian ini menemubual tiga orang responden pihak kontraktor G7 yang bekerja dalam projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai di Johor Bahru. Data kualitatif dari temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian ini mendapati faktor utama dalam projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai adalah pengurusan, kewangan dan perundangan. Manakala cabaran utama adalah harga bahan, kekangan masa dan keadaan ekonomi. Bagi strategi utama bagi kontraktor untuk menyelesaikan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai pula adalah pengambilan pekerja mahir, perancangan teliti dan kolaborasi dengan pihak berkepentingan. Oleh itu, kajian yang dijalankan dapat mengetahui faktor dan strategi untuk menyelesaikan isu berkaitan pemulihan projek perumahan terbengkalai dan membantu kontraktor penyelamat dalam mengatasi masalah.



