Pengaplikasian Sistem Ruang Kerja Digital di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Authors

  • Noramin Akmar Hawalit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Goh Kai Chen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ta Wee Seow Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Ruang kerja digital, Universiti awam, Langkah penambahbaikan, Pendigitalan

Abstract

Ruang kerja digital ialah rangka kerja teknologi bersepadu yang direka bentuk untuk menyampaikan dan mengurus aplikasi, data dan penghantaran secara digital. Sistem ini membolehkan pekerja mengakses data dan aplikasi dalam masa nyata melalui mana-mana perkhidmatan, dari mana-mana lokasi, sama ada maklumat itu disimpan melalui perkhidmatan awan atau di pusat data. Antara permasalahan yang kerap berlaku di dalam dunia perdigitalan adalah kebocoran maklumat. Masalah kebocoran data amatlah merisaukan. Hal ini diambil berat oleh UTHM dalam memperkasakan tindakan keselamatan bagi sistem ruang digital mereka seperti sistem SMAP, Author dan sebagainya dengan menggunakan 2-key verification. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti mengenalpasti jenis sistem ruang kerja digital yang digunakan di bangunan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), mengenal pasti kesan penggunaan sistem ruang kerja digital di bangunan UTHM, dan mengenalpasti langkah penambahbaikkan sistem ruang kerja digital di bangunan UTHM. Kajian ini  menggunakan kaedah kualitatif. Terdapat 3 responden yang terlibat dalam temubual yang terdiri dari staf yang berkaitan di Pejabat Teknologi Maklumat di Kampus Pagoh, Johor. Kaedah analisis data ialah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pelbagai bentuk sistem ruang kerja digital yang diaplikasikan oleh UTHM bagi kemudahan pelajar dan kakitangan mereka antaranya adalah Sistem Maklumat Pelajar (SMAP Online), Integrated Attendance System (IAS) dan Total Campus Integrated System (TCIS). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sistem ruang kerja digital ini mempunyai banyak faedah antaranya banyak membantu staf dan pelajar terutamanya semasa tahun 2020 ketika Covid-19 melanda. Tambahan lagi, langkah penambahbaikkan yang dilaksanakan oleh pihak UTHM terhadap sistem ruang kerja digital dijalankan di bangunan UTHM adalah sentiasa mementingkan soal keselamatan kerana terdapat beribu data peribadi pelajar dan kakitangan. Kesimpulannya, penggunaan sistem ruang kerja digital ini membantu warga UTHM terutamanya dalam mengedarkan maklumat dan mengakses data. Dengan adanya sistem ini pengetahuan ilmu dalam penggunaan teknologi maklumat juga dapat di terapkan kepada warga UTHM.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Hawalit, N. A. ., Sarpin, N., Kai Chen, G., & Seow, T. W. (2025). Pengaplikasian Sistem Ruang Kerja Digital di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Research in Management of Technology and Business, 6(1), 394-410. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19926