Impak Pembinaan Projek East Coast Rail Link (ECRL) terhadap Harta Tanah Komersial di Temerloh, Pahang

Authors

  • Hezriena Syanim Azmi Apandi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zarina Shamsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nur Yuhanis Ismon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Impak Pembinaan, East Coast Rail Link (ECRL), Harta Tanah Komersil, Harta Tanah Khas

Abstract

Salah satu rangkaian sistem keretapi yang sedang dibina iaitu East Coast Rail Link (ECRL) berperanan penting dalam meningkatkan ketersampaian dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Justeru, pemain industri harta tanah dan penyelidik percaya bahawa ECRL memberi impak positif kepada harga tanah dan seterusnya harta tanah di kawasan terlibat. Namun begitu, terdapat maklumat yang diperolehi daripada kajian lepas menyatakan bahawa perubahan nilai harta tanah yang dialami di setiap stesen adalah tidak sama kerana terdapat stesen yang mengalami impak kenaikan harga yang tinggi dan ada stesen yang mengalami peratus perubahan harga komersial yang rendah. Hal ini boleh menakutkan bakal pembeli dan memberi kesan negatif kepada harga jualan harta tanah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur impak pembinaan projek ECRL terhadap harga harta tanah dan mengetahui faktor-faktor perubahan nilai hartanah sebelum dan selepas pembinaan ECRL di daerah Temerloh, Pahang. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini memberikan impak positif terhadap projek East Coast Rail Link (ECRL) berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama tiga orang responden.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Azmi Apandi, H. S., Mat Radzuan, I. S., Zarina Shamsudin, & Nur Yuhanis Ismon. (2025). Impak Pembinaan Projek East Coast Rail Link (ECRL) terhadap Harta Tanah Komersial di Temerloh, Pahang. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 646-658. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19927