Tahap Kepuasan Penyediaan Fasiliti di Kampung Orang Asli Kangkar Senangar dan Kampung Orang Asli Sejagong, Batu Pahat

Authors

  • Intan Nurhidayah Lim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zarina Shamsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nur Yuhanis Ismon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Orang Asli, Fasiliti, Kualiti hidup, Tahap kepuasan

Abstract

Kebanyakan orang asli di Malaysia masih terpinggir dari segi sosial, ekonomi dan kebudayaan. Masyarakat orang asli di Malaysia dijaga di bawah seliaan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Geografinya, majoriti masyarakat orang asli tinggal di kawasan luar bandar dan jauh ke pendalaman yang menghalang mereka daripada mengakses perkhidmatan dan kemudahan asas. Banyak projek pembangunan infrastruktur di Malaysia telah dicadangkan untuk menambah baik kualiti hidup masyarakat Orang Asli. Namun, masyarakat ini masih ketinggalan dari segi infrastruktur berbanding kaum lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis fasiliti yang terdapat di Kampung Orang Asli Kangkar Senangar dan Kampung Orang Asli Sejagong, Batu Pahat serta mengkaji tahap kepuasan masyarakat orang asli terhadap fasiliti yang disediakan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah campuran (triangulasi) iaitu melalui pemerhatian dan soal selidik. Analisis kajian ini mendapati bahawa masalah kerosakan jalan akibat larian air hujan, lampu jalan yang tidak berfungsi, dan kekurangan bekalan air bersih merupakan isu utama yang menghalang masyarakat menikmati fasiliti pada tahap yang memuaskan. Kajian ini menekankan pentingnya perancangan dan pelaksanaan program pembangunan yang lebih inklusif dan mampan untuk masyarakat Orang Asli.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Lim, I. N., Mat Radzuan, I. S., Shamsudin, Z., & Ismon, N. Y. (2025). Tahap Kepuasan Penyediaan Fasiliti di Kampung Orang Asli Kangkar Senangar dan Kampung Orang Asli Sejagong, Batu Pahat. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 676-689. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19929