Kajian Integrated Project Delivery (IPD) terhadap Prestasi Projek Pembinaan
Keywords:
Kontraktor, Integrated Project Delivery (IPD), PembinaanAbstract
Integrated Project Delivery (IPD) dalam sektor pembinaan menekankan kerjasama antara pihak berkepentingan melalui perkongsian risiko dan ganjaran, yang bertujuan meningkatkan efisiensi masa, mengurangkan kos, dan menghasilkan kualiti kerja yang lebih tinggi. Namun, penerapan IPD masih terbatas disebabkan kesukaran pentadbiran dan kurangnya kesediaan kontraktor untuk melibatkan diri secara menyeluruh, terutamanya keperluan tahap celik projek yang tinggi dan cabaran semasa fasa pembinaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran IPD dan strategi mengatasinya serta menganalisis hubungan antara cabaran utama dan strategi utama bagi mengatasi cabaran IPD terhadap prestasi projek pembinaan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada berstruktur G7 di Sepang, Selangor secara atas talian dan pertemuan fizikal seramai 103 kontraktor dengan maklumbalas sebanyak 70.93%. Analisis deksriptif statistik; frekuensi, min dan Korelasi (Pearson) digunakan bagi mencapai objektif kajian dengan perisian SPSS. Objektif pertama menunjukkan Koordinasi mencatat nilai min yang tertinggi manakala objektif kedua “Menjalin Kerjasama Yang Kukuh Dengan Pemilik Projek Atau Pihak-Pihak Yang Berkaitan Dengan Kewangan” mencatatkan nilai min yang tertinggi. Objektif yang ketiga iaitu Hubungan Antara Cabaran Utama dan Strategi Utama Bagi Mengatasi Cabaran Integrated Project Delivery (IPD) Terhadap Prestasi Projek Pembinaan mencatatkan hubungan antara “Penglibatan ahli pasukan pada fasa awal” iaitu “Persekitaran Rumit” dengan strategi “Menyediakan Sokongan Teknikal Yang Mencukupi” iaitu “Penyediaan Program Latihan” mencatatkan nilai korelasi yang tertinggi. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat membantu dan bermanfaat kepada kontraktor dalam persediaan terhadap cabaran dan strategi bagi mengatasi cabaran Integrated Project Delivery (IPD) terhadap prestasi projek pembinaan.



