Analisis Kesan dan Cabaran Penggunaan Realiti Maya Terhadap Pemasaran Hartanah
Keywords:
Industri hartanah, Realiti Maya (VR), Pemasaran Hartanah, Ejen Hartanah, Covid-19Abstract
Industri harta tanah menggunapakai kaedah tradisional dalam pemasaran harta tanah. Oleh itu, penambahbaikan terhadap penggunaan teknologi yang menjadi penghalang untuk beralih daripada harta tanah tradisional kepada harta tanah pintar iaitu realiti maya dalam pemasaran industyri harta tanah. Tambahan pula, kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memp[ercepatkan lagi in dustri harta tanah untuk menerimapakai evolusi teknologi dengan cepat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pengunaan realiti maya dalam tinjauan harta tanah dan mengenalpasti ca=baran terhadap penggunaan realiti maya dalam pemasaran harta tanah di seluruh Malaysia. Maklumat dan data dalam kajian ini telah diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu sesi temubual separa berstruktur denga responden yang terdiri daripada pemain industri yang secara aktif menggunakan realiti maya ini. Hasil kajian ini telah menunjukkan wujudnya kesan dan cabaran apabila mengaplikasikan teknologi ini dalam aktiviti pemasaran harta tanah.



