Hubungan antara Latihan Pekerja Terhadap Prestasi Pekerja
Keywords:
Latihan pekerja, Guru, penilaian keperluan latihan, ketersediaan sumber latihan, prestasi pekerjaAbstract
Guru sering dibebani dengan pelbagai tugas yang menyebabkan penurunan motivasi dan produktiviti, sementara latihan dan pengembangan profesional yang tidak mencukupi menyukarkan mereka mengikuti perkembangan pendidikan terkini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara latihan pekerja dan prestasi pekerja di kalangan guru di Johor. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dalam talian, seramai 192 responden terlibat dalam kajian ini. Analisis mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara penilaian keperluan latihan, ketersediaan sumber latihan, dan persepsi pekerja terhadap latihan dengan prestasi pekerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa memahami keperluan spesifik pekerja penting untuk merangka program latihan yang relevan, serta memastikan sumber yang mencukupi disediakan untuk keberkesanan latihan. Persepsi positif pekerja terhadap program latihan pula meningkatkan penglibatan, motivasi, dan kepuasan kerja mereka. Kesimpulannya, organisasi perlu menekankan aspek penilaian keperluan, penyediaan sumber, dan persepsi pekerja terhadap latihan sebagai strategi penting untuk meningkatkan prestasi pekerja dan pencapaian matlamat organisasi.



