Hubungan Jaminan Pekerjaan, Pembangunan Kerjaya, Kesejahteraan Pekerja dan Kemahuan Berhenti Kerja Pekerja PMKS di Johor

Authors

  • Mohd Syallmiq Mair Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Shahrul Nizam Salahudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

PMKS, berhenti kerja, jaminan pekerjaan, pembangunan kerjaya, kesejahteraan pekerja

Abstract

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi sesebuah negara. Kajian ini bertujuan adalah untuk mengkaji hubungan antara jaminan pekerjaan, pembangunan kerjaya, kesejahteraan pekerja dan kemahuan berhenti kerja dalam kalangan pekerja PMKS di Johor. Objektif kajian ini untuk mengkaji hubungan antara jaminan pekerjaan dan kemahuan berhenti kerja, menilai hubungan antara pembangunan kerjaya dan kemahuan berhenti kerja, mengenal pasti hubungan antara kesejahteraan pekerja dan kemahuan berhenti kerja dan untuk mengkaji tahap kemahuan berhenti kerja di kalangan pekerja sektor PMKS di Johor. Metodologi kuantitatif digunakan untuk mengumpul data dengan menjalankan kajian di kalangan pekerja dari beberapa sektor PMKS di negeri Johor. Kaji selidik terbaru Randstad Malaysia, satu daripada dua rakyat Malaysia akan berhenti kerja jika tiada peluang untuk berkembang dalam kerjaya mereka. Data dikaji menggunakan teknik statistik analisis deskriptif dan analisis korelasi spearman untuk memahami kesalinghubungan antara pembolehubah yang dikaji. Penemuan kajian mengenai soal selidik yang telah dijalankan telah mengumpulkan seramai 323 daripada 384 sampel responden yang bersamaan dengan 84.11%. Kajian ini mendapati bahawa kemahuan berhenti kerja adalah sederhana. Oleh itu, meningkatkan jaminan pekerjaan, pembangunan kerjaya dan kesejahteraan pekerja mempunyai hubungan yang signifikan menurunkan tahap kemahuan berhenti kerja dan dapat menyakinkan sektor pekerja PMKS di Johor untuk berkerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Mair, M. S., & Salahudin, S. N. (2025). Hubungan Jaminan Pekerjaan, Pembangunan Kerjaya, Kesejahteraan Pekerja dan Kemahuan Berhenti Kerja Pekerja PMKS di Johor. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 388-399. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21671