Persepsi Pembeli Terhadap Harta Tanah Kediaman Lelong
Keywords:
Harta tanah, Kediaman, Lelong, PersepsiAbstract
Harta tanah lelong merupakan hartanah yang dijual melalui proses lelongan awam oleh mahkamah, bank atau institusi kewangan disebabkan oleh kegagalan pemilik untuk menjelaskan pinjaman. Dewasa ini, kecenderungan pembeli untuk memiliki harta tanah kediaman lelong semakin menjadi pilihan utama rakyat malaysia terutamanya kepada mereka yang ingin memiliki hartanah di bawah harga pasaran semasa. walaubagaimanapu, proses pemilikan harta tanah lelong memerlukan proses kerja yang rumit seperti kajian strategi pasaran harta tanah semasa, pengetahuan undang-undang dan implikasi kewangan. Maka kajian ini dilaksanakan bagi mencapai dua objektif iaitu mengkaji persepsi pembeli terhadap rumah lelong dan mengenal pasti strategi yang digunakan oleh ejen hartanah dalam menguruskan transaksi hartanah lelong. Kajian ini mengadaptasi kaedah penyelidikan kuantitatif. Dapatan kajian ini adalah berasaskan kepada soal selidik yang dihantar kepada 100 responden yang dipilih dalam kalangan pengguna aktif apliaksi lelong di Malaysia. Data yang diperoleh seterusnya dianalisa menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti bakal pembeli harta tanah lelong memberikan perhatian lebih kepada keadaan fizikal harta tanah berbanding fator lain sebelum membuat keputusan pembelian. Tambahan lagi, dapatan kajian menunjukkan ejen harta tanah melaksanakan beberapa strategi bagi membolehkan harta tanah lelong terjual di pasaran seperti menjual harta tanah di bawah harga pasaran, melonggarkan syarat pemilikan harta tanah lelong dan melaksanakan pemasaran secara berterusan. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan gambaran berkaitan hala tuju harta tanah kediaman lelong di Malaysia, serta dapat membantu ejen harta tanah merangka strategik terbaik bagi mengendalikan transaksi harta tanah lelong bersama pembeli.



