Masalah yang dihadapi oleh Jurutera Wanita di dalam Industri Pembinaan

Authors

  • Fatin Nabilah Ramli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Yamani Yahya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Jurutera, masalah, pembinaan, wanita

Abstract

Penglibatan jurutera wanita telah menyumbang kemajuan yang besar dalam sektor pembinaan dan mereka telah menjadi aset penting kepada syarikat. Walaubgaimanapun, masih banyak masalah yang sering dihadapi oleh jurutera wanita berbanding jurutera lelaki di dalam industri pembinaan di Malaysia.Antara masalah yang dikenal pasti ialah isu diskreminasi jantina. Oleh hal demikian, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti masalah utama yang dihadapi jurutera wanita di dalam industri pembinaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana data dikumpul dengan dengan menemu bual secara semi struktur tujuh orang jurutera wanita di Selangor. Dapatan kajian menunjukkan masalah terkini yang utama ialah kurang diberi peluang menceburi dalam bidang kepimpinan, membuat keputusan dan berada dalam pengurusan yang penting. Kajian ini mencadangkan agar pihak syarikat dan industri memberikan perhatian yang lebih serius terhadap isu ini dengan melaksanakan dasar yang lebih telus serta program pembangunan kepimpinan yang inklusif. Usaha ini bukan sahaja dapat memperkasa wanita dalam bidang pembinaan, malah mampu meningkatkan daya saing industri secara keseluruhan melalui kepelbagaian bakat dan kepakaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Ramli, F. N. ., Yahya, M. Y., & Azlina Md Yassin. (2025). Masalah yang dihadapi oleh Jurutera Wanita di dalam Industri Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 739-753. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21745