Impak Penanaman Cerucuk Pembinaan Jalan Raya Terhadap Struktur Bangunan dan Persekitaran : Kajian Kes di Bentong, Pahang

Authors

  • Haryati Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Elham Fahim Ahmad Zohdi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Haidaliza Masram Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Kai Chen Goh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Md. Asrul Nasid Masrom Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ta Wee Seow Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Roshartini Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Penanaman Cerucuk, Jalan Raya, Struktur bangunan dan persekitaran

Abstract

Aktiviti penanaman cerucuk bagi pembinaan jalan raya dikhuatiri boleh memberi impak terhadap struktur bangunan seperti dinding, rasuk, tiang, lantai, dan bumbung rumah peunduduk berhampiran. Objektif kajian adalah menganalisis hubungan antara tempat tinggal dengan impak penanaman cerucuk terhadap struktur bangunan serta persekitaran dan  mengenalpasti langkah yang boleh diambil oleh pihak kontraktor untuk mengurangkan impak. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara impak penanaman cerucuk dengan elemen struktur. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan pada tahap 0.01 antara aktiviti penanaman cerucuk dan elemen struktur. Korelasi yang kuat diperhatikan pada dinding (r = 0.918), lantai (r = 0.932), dan rasuk (r = 0.874). Manakala korelasi paling rendah tetapi signifikan adalah antara bumbung dan penurunan tanah (r = 0.676). Penemuan ini menunjukkan keperluan untuk langkah mitigasi berkesan bagi mengurangkan kerosakan struktur, seperti pemantauan getaran secara berkala dan pemilihan kaedah cerucuk yang sesuai. Kesimpulannya, penanaman cerucuk memberikan impak yang agak ketara kepada struktur bangunan dan persekitaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Shafii, H., Ahmad Zohdi, E. F. ., Md Yassin, A., Masram, H., Goh, K. C., Masrom, M. A. N., Seow, T. W., Mohamed, S., & Omar, R. (2025). Impak Penanaman Cerucuk Pembinaan Jalan Raya Terhadap Struktur Bangunan dan Persekitaran : Kajian Kes di Bentong, Pahang. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 774-787. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21755