Strategi dan Cabaran Tender Elektronik (E-Tender): Perspektif Kontraktor G7

Authors

  • Muhammad Fariz Roslan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Md Asrul Nasid Masrom Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Roziha Che Haron Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Author
  • Hamizah Liyana Tajul Ariffin Universiti Teknologi Malaysia Author

Keywords:

Tender elektronik, kontraktor G7, kesan, strategi, industri pembinaan, Malaysia

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada strategi untuk mengatasi cabaran pelaksanaan tender elektronik (e-tender) dalam kalangan kontraktor G7 di Malaysia, sejajar dengan keperluan transformasi digital dalam industri pembinaan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan permasalahan seperti kekurangan infrastruktur digital, kemahiran teknologi yang terhad, dan kos pelaksanaan yang tinggi, yang menyukarkan peralihan dari sistem tender konvensional kepada tender elektronik. Objektif dan persoalan kajian akan meneliti kepada kesan penggunaan e-tender dan strategi terbaik untuk menangani cabarannya. Skop kajian ini merangkumi kontraktor G7 yang terlibat dalam proses e-tender, metodologi kajian pula menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik bertujuan membantu proses pengumpulan data. Kaedah ini perlu ditekankan dalam penelitian berkaitan dengan analisis yang akan digunapakai iaitu analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa e-tender membantu dalam penjimatan kos, penjimatan masa, dan penambahbaikan dalam pengurusan, serta dapat ditambahbaik melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pelaksanaan strategi digital secara menyeluruh dan penyediaan latihan dan pendidikan. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dengan menyediakan panduan strategik untuk memperbaiki pelaksanaan e-tender, sekaligus menyokong transformasi digital dan daya saing industri pembinaan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Roziha Che Haron, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Currently Roziha is a lecturer at the Department of Quantity Surveying, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED), International Islamic University Malaysia. She holds positions as Academic Advisor for Bachelor of Quantity Surveying 
    Programme. She teaches a few course modules including Pre and Post Contract Administration for Quantity Surveying, Principles of Measurement 

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Roslan, M. F., Masrom, M. A. N., Che Haron, R. ., & Tajul Ariffin, H. L. (2025). Strategi dan Cabaran Tender Elektronik (E-Tender): Perspektif Kontraktor G7. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 788-804. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21761