Kesan Pencemaran Bunyi terhadap Harga Harta Tanah Kediaman

Authors

  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurul Aisyah Jamil Khair UTHM
  • Haidaliza Masram UTHM
  • Abdul Jalil Omar

Keywords:

Bunyi, harga, lapangan terbang, membuat keputusan

Abstract

Pembangunan lapangan terbang menjejaskan persekitaran seperti pencemaran bunyi dan ia juga menjejaskan nilai tanah semasa di kawasan sekitar. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di sekitar lokasi lapangan terbang merupakan antara faktor keputusan pembelian sesebuah kediaman dan kesan terhadap harga kediaman. Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat kesan pencemaran bunyi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terhadap harga kediaman di kawasan kajian dan mengenal pasti sama ada faktor lokasi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan untuk membeli hartanah kediaman. Skop kajian ini khusus untuk Taman Bintang, Taman Dasa, dan Taman Senai Baru yang terletak kurang daripada 10km dari lapangan terbang. Kaedah kuantitatif bagi kaedah kajian digunakan dalam menganalisis data di mana data primer dan data sekunder diperolehi dalam analisis ini. Pengumpulan data dikumpul daripada Edgeprop (true properties in Malaysia) mengenai transaksi jualan dan harga rumah di kawasan sekitar serta kaedah pengedaran borang soal selidik tentang keperluan untuk mengambil kira faktor lokasi sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah berhampiran lapangan terbang. Dapatan kajian menunjukkan tiada korelasi positif antara pencemaran bunyi dari lapangan terbang kepada harga harta tanah. Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa fator bunyi adalah sangat penting dipertimbangkan untuk responden membuat keputusan pembelian harta tanah kediaman.  Justeru, kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada mana-mana pembeli dan penjual dalam menentukan harga rumah mampu milik mengikut permintaan dan polisi pasaran hartanah khususnya bagi kediaman yang terjejas akibat pencemaran alam sekitar yang semakin hampir dengan lapangan terbang.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Yassin, A., Nurul Aisyah Jamil Khair, & Haidaliza Masram. (2022). Kesan Pencemaran Bunyi terhadap Harga Harta Tanah Kediaman (Abdul Jalil Omar , Trans.). Research in Management of Technology and Business, 3(1), 931–944. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7198