Prestasi Perniagaan Dalam Sektor Pemaju Semasa Pandemik Covid-19

Authors

  • Khadijah Md Ariffin UTHM
  • Abdul Jalil Omar

Keywords:

Pemaju, Pandemik, Covid-19, Ekonomi, Strategi

Abstract

Industri harta tanah ialah industri yang mempunyai peranan yang luas dalam pergerakan ekonomi negara. Salah satu penggerak dalam ekonomi negara ini melalui syarikat pemaju yang menyediakan pembangunan untuk negara.  Justeru itu, pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi dalam mengerakkan ekonomi. Sebagaimana kita tahu pandemik Covid-19 telah menyerang dunia. Hal ini telah memberi satu kesan yang besar terhadap kesihatan dan juga ekonomi negara. Oleh itu, Kajian yang dijalankan ini bagi mengukur prestasi sebelum dan semasa syarikat berdepan pandemik Covid-19 serta mencari strategi terbaik untuk meningkatkan kembali prestasi terbaik syarikat. Kajian ini tertumpu kepada syarikat pemaju yang terletak di Malaysia. Tambahan lagi, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui data sekunder dari kaedah kuantitatif iaitu membuat penilaian terhadap laporan kewangan syarikat. Selain itu, kajian ini juga menggunakan data sekunder iaitu melalui pengumpulan data dari laman sesawang, jurnal, dan kajian lepas yang berkaitan dengan kesan pandemik terhadap ekonomi dan industri harta tanah. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa setiap syarikat berdepan masalah kemerosotan dalam prestasi syarikat ketika berdepan pandemik ini. Walaubagaimanapun, setiap syarikat telah menunjukkan peningkatan dalam menangani kemerosotan ini dengan beberapa strategi yang efektif digunakan oleh syarikat bagi mengatasi cabaran pandemik ini.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Ariffin, K., & Omar, A. J. (2022). Prestasi Perniagaan Dalam Sektor Pemaju Semasa Pandemik Covid-19. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 845–869. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7207